Sanusi ramal PN menang 33 kerusi di Kedah

Politics
11 Aug 2023 • 8:30 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

PADANG SERAI — Ketua Pengarah Pilihanraya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yakin gabungan itu mampu memenangi 33 daripada 36 kerusi DUN di Kedah, menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) esok.

Beliau yang juga Menteri Besar Kedah, memaklumkan keyakinan itu berdasarkan sokongan kepada PN yang ditunjukkan sepanjang tempoh kempen.

“Boleh menang 33-3 (kalah tiga kerusi kepada PH-BN),” katanya ringkas selepas menghadiri ceramah Grand Finale Sembang Santai bersama Sanusi di Padang Awam Tunku Putra, Kelang Lama di Lunas dekat sini.

Sanusi bagaimanapun tidak memaklumkan kawasan bagi tiga kerusi yang dijangka dimenangi PH-BN.

Difahamkan, berdasarkan sumber termasuk pemerhati politik, tiga kerusi DUN dijangka dimenangi PH-BN iaitu Sidam, Kota Darulaman dan Bakar Arang. - 11 Ogos, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved