Saranan Kandungan Di Hujung Video YouTube Kini Boleh Disorok

TechnologyLifestyle
25 Sep 2025 • 8:30 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sesetengah saluran YouTube meletakkan saranan kandungan yang boleh ditonton di penghujung video. Tetapi saranan dalam bentuk tingkap mini akan muncul beberapa saat sebelum penghujung video terhenti sehingga menghalang apa yang ingin ditonton.

image is not available

Hari ini YouTube menawarkan butang “Hide” yang akan menyorokkan tingkap saranan ini. Pada waktu ini butang Hide hanya dapat dilihat pada pemain YouTube versi desktop. Pada aplikasi telefon pintar ciri masih belum diaktifkan,. Pengguna boleh kembali mengaktifkan semula tingkap saranan kandungan ini bila-bila masa sahaja dengan menekan butang “Show”.

Menurut YouTube ciri ini diberikan selepas mengambil maklum balas daripada pengguna. Sebagai penonton tegar YouTube saya memang sudah lama mahukan ciri ini kerana tingkap saranan kandungan di akhir video terlalu kerap menghalang tontonan babak akhir trailer filem dan siri animasi sehingga mendatangkan kemarahan.