Sarawak, Putrajaya catat IPU tidak sihat 

LocalEnvironment
12 Aug 2026 • 10:51 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Sarawak, Putrajaya catat IPU tidak sihat 

PETALING JAYA: Sembilan kawasan di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat akibat jerebu rentas sempadan setakat 10 pagi ini, berbanding 11 kawasan pagi semalam.

Berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), kawasan mencatat bacaan IPU tidak sihat ialah Serian (196), Kuching (173), Samarahan (172), Sarikei (161), Bintulu (157), Sri Aman (158), Samalaju (153), Sibu (151) dan Miri (132).

Selain itu, kawasan lain yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat ialah Putrajaya dengan 118. Sementara itu, sebanyak 53 kawasan iaitu seluruh negara merekodkan IPU pada tahap sederhana akibat jerebu rentas sempadan.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, manakala 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.

Media sebelum ini melaporkan kebakaran hutan berskala besar sedang berlaku di wilayah Kalimantan, Indonesia sehingga mengakibatkan jerebu teruk berlaku di Kalimantan Barat.

Dianggarkan lebih 107,000 hektar kawasan hutan dan tanah di seluruh Indonesia terjejas akibat kebakaran setakat Isnin lalu, dengan kerajaan meningkatkan usaha bagi mengelakkan jerebu rentas sempadan menjejaskan negara jiran. –UTUSAN

The post Sarawak, Putrajaya catat IPU tidak sihat  appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved