Jerebu: IPD Serian catat IPU 202, sangat tidak sihat

LocalEnvironment
12 Aug 2026 • 3:47 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jerebu: IPD Serian catat IPU 202, sangat tidak sihat

PETALING JAYA – Kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah Serian di Sarawak mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat iaitu 202, setakat pukul 2 petang ini.

Dalam masa sama, Shah Alam dan Kuala Selangor antara 12 kawasan yang merekodkan bacaan IPU tidak sihat iaitu masing-masing 109 dan 104, setakat pukul 2 petang ini.

Menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara, Putrajaya dan Cheras, Kuala Lumpur masih dalam kategori tersebut dengan bacaan IPU masing-masing 125 dan 122.

“Lapan lagi kawasan di Sarawak dengan bacaan IPU tidak sihat ialah Samarahan (177), Kuching (177), Sarikei (161), Sri Aman (158) dan Bintulu (155).

“Seterusnya, Miri (152), Sibu (141) dan Samalaju (132),” menurut maklumat dikongsikan pada laman web berkenaan. – KOSMO! ONLINE

The post Jerebu: IPD Serian catat IPU 202, sangat tidak sihat appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved