Satu lagi laporan terhadap penceramah motivasi, bakal direman semula esok

4 Oct 2026 • 12:43 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Satu lagi laporan terhadap penceramah motivasi, bakal direman semula esok

KANGAR – Polis menerima satu lagi laporan terhadap seorang penceramah motivasi berhubung dakwaan membabitkan seorang remaja berusia 19 tahun.

Ketua Polis Perlis, Deputi Komisioner Hamzah Hashim berkata, laporan itu diterima semalam dan siasatan dibuka oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

“Suspek kini masih dalam tempoh reman sehingga hari ini bagi membantu siasatan kes berasingan yang dikendalikan IPD Padang Besar.

“Selepas tempoh reman itu tamat, suspek akan diberikan jaminan polis sebelum tindakan tangkapan semula dilakukan oleh Pasukan Risikan dan Operasi Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kangar bagi siasatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, suspek dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Kangar esok bagi mendapatkan perintah reman berhubung laporan terbaharu tersebut.

Terdahulu, penceramah motivasi berkenaan direman selama dua hari bermula kelmarin bagi membantu siasatan dakwaan gangguan seksual terhadap seorang kanak-kanak. – KOSMO! ONLINE

 

The post Satu lagi laporan terhadap penceramah motivasi, bakal direman semula esok appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved