Satu Tasik Ampang Hilir bau bangkai, ikan mati

LocalEnvironment
22 Sep 2026 • 10:46 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Satu Tasik Ampang Hilir bau bangkai, ikan mati

PETALING JAYA – Kejadian puluhan ikan mati dan mengeluarkan bau bangkai dikesan di Taman Tasik Ampang Hilir, Kuala Lumpur pagi ini, dipercayai berlaku selepas hujan lebat melanda kawasan sekitar semalam.

Kejadian itu dikongsikan seorang pengguna Threads @rhaffiza yang memaklumkan keadaan tersebut ketika melakukan aktiviti joging di taman berkenaan pagi ini.

“Siapa joging taman Tasik Ampang Hilir pagi ini? What happened eh (apa terjadi ya?) Kenapa ikan-ikan banyak mati. Memang bau bangkai kuat,” katanya.

Sementara itu, pengguna @shafa_sauffi turut memuat naik hantaran serta beberapa gambar memaparkan keadaan bangkai ikan yang terapung di permukaan tasik.

“Tasik Ampang Hilir. Banyaknya ikan ikan mati,” katanya.

Bagaimanapun, situasi tersebut berkemungkinan besar kesan dari kejadian hujan lebat petang semalam seperti mana yang pernah berlaku di beberapa tasik dan kolam takungan banjir sekitar Kuala Lumpur.

Berdasarkan penjelasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum ini, kejadian seumpama itu dipercayai boleh dikaitkan dengan penurunan kandungan oksigen terlarut (DO), perubahan kualiti air serta kemasukan sedimen dan bahan pencemar ke dalam tasik susulan hujan berpanjangan.

Jelas DBKL, air yang mengalir masuk ke tasik dari kawasan tadahan sekitarnya lazimnya membawa sedimen, bahan organik, sampah dan bahan pencemar melalui sistem saliran sebelum memasuki tasik.

Katanya, keadaan itu boleh memberi tekanan kepada hidupan akuatik sekiranya kandungan oksigen terlarut dalam air menurun atau berlaku perubahan mendadak pada kualiti air. – KOSMO! ONLINE

The post Satu Tasik Ampang Hilir bau bangkai, ikan mati appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved