"Saya Bersumpah Tak Pernah Berhutang, Meminjam RM1.5 Juta" - Rebecca Nur Al-Islam Terkejut Disalah Anggap Terima Wang Dari Kakak Ipar

21 Apr 2025 • 11:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam bersumpah tidak pernah berhutang atau meminjam wang berjumlah RM1.5 juta daripada kakak iparnya, Bonda Rozita Ibrahim seperti yang sedang hangat diperkatakan netizen di media sosial.

Tegas Rebecca, dia tidak tahu menahu tentang hal itu dan terkejut dengan fitnah yang dilemparkan terhadapnya.

"Saya bersumpah demi nama arwah ayah dan ibu saya, saya tidak pernah berhutang, meminjam atau tahu-menahu langsung mengenai isu RM1.5 juta yang sedang diperkatakan. Demi Allah dan Rasulullah, saya bersumpah perkara itu tidak benar.


"Kesilapan saya hanyalah ketika saya membuat video balas tempoh hari selepas terkesan dengan video dari pihak sana. Saya akui, saya emosi dan tersalah guna kata-kata ketika membalas tuduhan yang menyatakan saya mencari publisiti murahan.



"Namun, saya amat terkejut apabila pihak sana memfitnah saya pula dengan isu RM1.5 juta semasa mereka membuat siaran langsung. Mungkin pada mereka ini hanyalah 'content', tapi ini telah menjatuhkan maruah saya dan keluarga.



"Satu Malaysia kini menyangka saya menerima wang RM1.5 juta daripada kakak ipar saya, Puan Bonda Rozita Ibrahim sedangkan saya tidak pernah menerima walau satu sen pun. 



"Perkara ini saya perlu tegaskan di sini demi membersihkan nama baik saya dan keluarga," tegasnya menerusi laman sosial Thread.

Jelas Rebecca pihaknya telah berhubung dengan abang sulungnya untuk membersihkan namanya daripada fitnah berkenaan.



"Saya juga telah bertanya sendiri kepada abang long saya dan beliau maklumkan bahawa isterinya berjanji akan menjelaskan keadaan sebenar dan membersihkan nama saya serta keluarga daripada fitnah ini.



"Saya anggap perkara ini bukan satu permainan, tetapi fitnah berat yang memberi kesan kepada kami sekeluarga. Saya percaya, insya-Allah, kakak ipar saya akan bantu selesaikan perkara ini," ujarnya.



image is not available