Saya bukan suka-suka lempang dia – Bapa saudara

12 Nov 2026 • 12:29 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Saya bukan suka-suka lempang dia – Bapa saudara

TAMPIN – Seorang lelaki berusia 54 tahun didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini selepas mengaku bersalah dengan sengaja mencederakan seorang kanak-kanak lelaki di Kota, Rembau, Isnin lalu.

Orang kena saman (OKS), Noor Hamidi Yahya membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Farhana Mohd. Ishak.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap kanak-kanak berusia 15 tahun di Kampung Air Melintang, Kota, kira-kira pukul 5 petang pada 9 November lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, kejadian berlaku apabila pengadu terdengar suara bising sebelum keluar ke hadapan rumah untuk melihat apa yang berlaku. Bagaimanapun, tertuduh kemudian didapati memukul anak pengadu.

“Semasa kejadian saya sedang betulkan bumbung rumah. Segala kerja rumah, tanggungan rumah semua saya. Saya sedar saya bukan manusia yang baik.

“Saya bukan suka-suka lempang anak buah tapi kurang ajar. Saya memohon jasa baik ringankan hukuman. Bumbung tak habis lagi betulkan,” ujarnya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Safia Ahmad.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM800 atau penjara sebulan jika gagal membayar denda. – KOSMO! ONLINE

The post Saya bukan suka-suka lempang dia – Bapa saudara appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved