"Saya cari abah ‘hilang'.." Wanita Imbau Kenangan Terakhir Bersama Embek Undang Sebak

Family & Parenting
27 May 2026 • 10:03 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

"Saya cari abah ‘hilang'.." Wanita Imbau Kenangan Terakhir Bersama Embek Undang Sebak

"Saya cari abah ‘hilang'.." Wanita Imbau Kenangan Terakhir Bersama Embek Undang Sebak

Pada hari ini, seluruh umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban pada 27 Mei bersamaan 10 Zulhijjah.

Sudah tentunya, ramai yang sibuk membuat persiapan meraikan perayaan ini khusus buat mereka yang ingin melakukan ibadah korban.

Namun di sisi lain, hari ini merupakan momen yang berat untuk mereka yang bergelar penternak lembu, kerbau atau kambing.

Bagi mereka, haiwan-haiwan ini bukanlah sekadar ternakan, tetapi teman bicara dan 'anak' yang dijaga dengan penuh kasih sejak kecil.

Melepaskan mereka pergi bukan sekadar memenuhi tuntutan ibadah, tetapi satu pengorbanan jiwa yang tiada galang gantinya.

Namun demi cinta kepada Yang Maha Esa, itulah pengorbanan melepaskan apa yang paling disayangi demi meraih keredhaan Allah SWT

Dah 5 Tahun Embek Tinggalkan Kami

Esok raya haji, maka genaplah jugak 5 tahun Embek tak ada. Abah saya ada bela kambing. Dan kambing pertama yang dibela, Embek. Dia baik, dia manja, dan dia mendengar kata.

Dulu saya obses dengan Embek. Kalau balik kampung, dari pagi sampai nak malam saya mengulik Embek.

Adik-beradik saya tak nak dekatlah sebab bau kambing. Embek ni kambing kesayangan semua, termasuk abah.

Saya ingatkan Embek ni takkan dikorbankan sebab abah sayang dia. Nope, i was wrong.

2021, seminggu sebelum raya haji dapat tahu yang abah nak korbankan Embek.

Saya marah. Tak puas hati. Obviously sedih. Kenapa Embek? Kan abah sayang? Tapi tak cakap dengan abah. Cakap dengan mak.

Image from: "Saya cari abah ‘hilang'.." Wanita Imbau Kenangan Terakhir Bersama Embek Undang Sebak
Kredit: Threads @akyelrahim

Dan mak jawab, “Embek tu dah tua. Kalau biar lagi lama, tak ada yang nak beli. Nanti dia mati macam tu aje, eloklah korban.”

Masih tak faham.  

Sebenarnya tak nak faham. Tapi saya tak ada kuasa. Tu kambing mak dengan abah.

Gambar di atas diambil sehari sebelum Embek dikorbankan.

Kenangan Terakhir Bersama Embek

Dari pagi, sampai petang saya duduk dengan Embek. Kejap-kejap naik kandang, duduk bersila peluk dia.

Image from: "Saya cari abah ‘hilang'.." Wanita Imbau Kenangan Terakhir Bersama Embek Undang Sebak
Kredit: Threads @akyelrahim

Esoknya, pagi sebelum Embek tak ada, siap solat Subuh saya panjat kandang. Hari gelap.

Bersuluh lampu telefon, saya usap dan peluk Embek buat kali yang terakhir.  

Saya tahu nanti waktu orang sembelih saya takkan boleh tengok.

Masa saya naik, Embek duduk diam aje pandang saya. Tenang macam biasa. Tapi saya dah teresak-esak dah dekat kandang tu bersaksikan kambing-kambing lain.

Sejam jugalah menangis sorang-sorang, saya pun turun. Selepas orang siap solat raya, kawan-kawan abah pun sampai.

Image from: "Saya cari abah ‘hilang'.." Wanita Imbau Kenangan Terakhir Bersama Embek Undang Sebak

Saya duduk dapur memasak makanan untuk orang kerja. Tapi tak la rasa macam teruk sangat sebab adik-adik saya yang lelaki tu, dua-dua menangis juga.

Kita orang bertiga sama-sama tersedu dekat dapur menyorok dari orang lain sebab takut kena ejek

Peak rasa kehilangan tu, bila adik saya masuk rumah berjujur air mata. I was like, “embek dah takde?”

Dia angguk. Masa tu juga menangis tak berlagu. 

Saya ingat abah tak sedih. Saya silap. Kalau ada orang yang sayang Embek sepenuh hati, itu abah.

Adik saya kata, masa orang sembelih abah pergi tempat lain. Sebaik siap proses melapah, abah ‘hilang’

Mula-mula geram la jugak. Cuba bayangkan, orang melapah lepas siap mereka tinggalkan je , tak kemas sebab nak pergi gotong royong tempat lain.

Cuba teka siapa yang kena kemas? Saya!! Dan adik-adik jantan.

Tengah sedih ni, lepas tu kena kutip kepala Embek kena kutip kulit dia, tulang dia.

Petang sikit baru abah balik nak tanam kepala Embek. Masa tu la baru tahu, abah bawa hati ke tepi sungai. Adik saya kata, abah menangis masa Embek nak kena sembelih.

Image from: "Saya cari abah ‘hilang'.." Wanita Imbau Kenangan Terakhir Bersama Embek Undang Sebak
Kredit: Threads @akyelrahim

Masa tu la saya sedar, erti korban yang sebenar-benarnya. Makna korban dalam Islam.

Nabi Ibrahim sanggup korbankan Nabi Ismail, anak yang paling baginda sayang.

Dan abah, korbankan Embek, ternakan yang paling dia sayang.

Masa tanam kepala Embek, saya ada berdiri dekat tepi. Saya dengar suara abah saya bergetar sebut “Allah, Jantan…” (nama manja Embek yang abah panggil)

Masa tu semua menangis hahahahah, Lap air mata. Petang tu, satu rumah macam diselubungi sepi. Semua orang gloomy.

Macam manusia yang mati malam tu, lepas isya semua dah tidur.

Esoknya bila waktu makan, adik saya bukak cerita. “Malam tadi aku menangis teringat Embek.”

Tersedu-sedu..

View Original Article