‘Saya datang sekolah nak jumpa girlfriend jer’, tular video pelajar biadab terhadap guru

29 May 2025 • 11:37 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Sebuah video tular di media sosial memaparkan tindakan biadab seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah terhadap seorang guru wanita. Meskipun lokasi dan identiti pelajar berkenaan belum dikenal pasti, sikap dan tutur katanya mengundang kecaman netizen yang menganggap ia mencerminkan keruntuhan akhlak remaja masa kini.

Dalam video berdurasi kurang daripada satu minit itu, pelajar terbabit dilihat bercakap dengan nada angkuh dan tidak menghormati gurunya. Dia dengan lantang menyatakan bahawa kehadirannya ke sekolah hanyalah untuk bertemu teman wanita, bukan untuk menuntut ilmu.

“Saya datang sekolah sebab mahu jumpa girlfriend, bukan untuk belajar,” katanya tanpa rasa bersalah.

Lebih mengejutkan, pelajar itu turut mencabar dan seolah-olah mahu mengugut gurunya dengan menyatakan dia tidak kisah jika dikenakan tindakan buang sekolah.

“Buang sekolah ke, boleh je buang,” ujarnya sinis.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan dengan jelas kesalahan yang dibuat pelajar berkenaan. Namun, tindakannya itu jelas mencerminkan sikap tidak berdisiplin dan kurangnya rasa hormat kepada pendidik.

Kejadian tersebut mengundang pelbagai reaksi di media sosial yang menyifatkan kelakuan pelajar berkenaan sudah melampaui batas.