“Saya Lebih Selesa Cium Perempuan..” – Hyeri Buat Pengakuan Jujur

EntertainmentLifestyle
28 Mar 2025 • 11:29 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Baru-baru ini, Hye-ri telah tampil dalam saluran YouTube “Baek Eun-ha’s Give and Take”, di mana wanita itu ada bercakap tentang dramanya “Friendly Rivalry” yang baru sahaja tamat.

Bagi yang belum tahu, “Friendly Rivalry” adalah drama yang mengisahkan tentang seorang pelajar yang berpindah ke sekolah baru di Seoul, dan juga memaparkan kisah cinta sesama jantina.

Menerusi program tersebut, Hye-ri ditanya sekiranya adegan ciuman dalam drama tersebut adalah berbeza daripada kebiasaannya. Jawab wanita itu,

Sejujurnya, ia tidak begitu berbeza. Pada saya, ia hanya salah satu adegan jadi saya hanya merakamnya. Saya tidak fikir apa-apa yang memerlukan komitmen mental, saya hanya nak jadikan babak itu kelihatan cantik.

Ulas ahli GIRL’S DAY itu lagi mengenai babak intimnya bersama pelakon wanita dalam “Friendly Rivalry”,

Saya juga tertanya-tanya sama ada ia akan berbeza dari adegan bercium dengan pelakon lelaki tetapi yang mengejutkan, saya rasa lebih selesa mencium wanita. Saya juga kagum. Ia tidak begitu banyak perbezaan.

Aip!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.