"Saya Minta Maaf..." - Tun M

5 Nov 2026 • 10:50 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

"Saya Minta Maaf..." - Tun M

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad merakamkan penghargaan buat orang ramai yang menziarahi pusara arwah isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.Menerusi perkongsian di Threads, Dr Mahathir terharu melihat orang ramai yang masih berpusu-pusu menziarah pusara arwah isterinya meskipun sudah meninggal dunia hampir sebulan lebih. "Hasmah telah pergi lebih sebulan tetapi masih ramai yang menziarah pusaranya. "Saya merasa amat terharu dan berterima kasih dengan kehadiran serta doa yang tidak putus-putus untuk Hasmah," tulisnya.Dalam masa sama, Dr Mahathir turut memohon maaf kepada orang ramai yang  tidak berpeluang bertemu dengannya di pusara Dr Hasmah kerana dia jarang hadir ke tempat berkenaan.   "Saya ingin minta maaf kerana tidak dapat sering ke pusara dan bertemu dengan yang datang menziarah pusara isteri saya."Begitu juga dengan surat-surat, ucapan-ucapan takziah yang diterima. Saya tidak dapat nak jawab satu persatu. Saya cuba jawab seberapa mampu,"katanya lagi.Sekadar info, Dr Hasmah menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur kira-kira jam 9.20 pagi pada 28 September lepas. Jenazah Allahyarhamah kemudiannya selamat disemadikan di Pusara Negarawan, Presint 20, Putrajaya kira-kira jam 6 petang hari yang sama.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved