“Saya Mohon Ampun Dan Maaf…” – Ziela Jalil Berkongsi Mengenai Hubungan Dengan Bekas Madu, Puan Seri Faizah

29 Oct 2026 • 9:55 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon Datuk Ziela Jalil menjelaskan kehadirannya dalam sebuah podcast baru-baru ini adalah untuk berkongsi mengenai perjalanan hidupnya dan bukan bertujuan menyentuh mana-mana pihak.

Bagaimanapun, Ziela mengakui tidak dapat menahan sebak sehingga menangis ketika diajukan soalan berkaitan bekas madunya, Puan Seri Faizah.

Advertisement

Menurut Ziela, dia sudah bersedia menerima pelbagai reaksi netizen sebelum bersetuju menyertai podcast berkenaan.

“Bila saya dipanggil untuk buat podcast berkongsi mengenai kehidupan saya… saya sebenarnya tak nak sentuh hal siapa-siapa, saya hanya nak kongsi tentang diri saya.”

Ziela berkata, dia tidak terlalu mengambil hati terhadap komen negatif yang diterimanya di media sosial.

View this post on Instagram

“Jadi maknanya, macam komen netizen tu saya dah tak hirau. Kita ni dalam bidang dalam industri ni, soal cemuhan, apa sahaja tu, saya memang masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.”

Ziela Jalil Berkongsi Mengenai Bekas Madu

Dalam pada itu, Ziela menegaskan hubungannya dengan Puan Seri Faizah masih baik dan dia sentiasa menghormati wanita berkenaan.

“Memang hubungan saya dengan Puan Seri Faizah memang baik. Cucu kami pun baru saja buat majlis perkahwinan.”

Menurut Ziela, perkara yang telah berlaku dalam kehidupan mereka dianggap sebagai takdir dan dia memilih untuk mengenang perkara-perkara baik.

“Jadi, tak ada apa yang tak manis ke, tak elok ke… saya memang menghormati beliau, saya anggap bahawa takdir yang tertulis tu, benda dah terjadi, suami kita pun dah tak ada.”

Ziela turut berkata dia lebih selesa berkongsi perkara positif di media sosial dan tidak mahu menjadikan tangisan atau perkara peribadi sebagai kandungan.

“Saya nak yang positif je. Dekat social media ni nak benda yang elok-elok, yang positif, yang boleh memotivasikan saya.”

Ziela Jalil Menangis?

Ziela menjelaskan, emosinya tercetus secara spontan apabila soalan tertentu membuatkan dia mengimbau kembali perkara yang pernah dilalui.

Katanya, perkara itu bukan sesuatu yang sengaja mahu dikongsikan kepada umum.

 “Soal saya menangis ke apa, tak payah kongsi dalam social media. Itu antara akak dengan Allah Taala. Cuma bila ada benda yang macam tercuit sikit, contoh bila tanya fasal ibu bapa, mula cerita okay tapi bila imbau kembali memang automatik sedih la.”

Ziela, 55, berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis tahlil Allahyarhamah Tun Dr Hasmah di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, pada Rabu.

Untuk rekod, Ziela berkahwin dengan Allahyarham Tan Sri Megat Junid pada 1991 dan dikurniakan dua cahaya mata, Dr Puteri Julia Nabilah dan Megat Jufri Nasrullah, selain mempunyai seorang anak angkat, Ibrahim Junid Abdullah.

Ziela kemudian berkahwin buat kali kedua dengan Datuk Syed Osman Al Habshee Syed Omar pada 17 Februari 2019.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

menantu2026-10-28 10:46:09

Menantu Makcik Tarik Tengkuk Ketika Majlis Kahwin Tampil Mohon Maaf, Respon Bella Astillah Curi Perhatian Ramai

The post “Saya Mohon Ampun Dan Maaf…” – Ziela Jalil Berkongsi Mengenai Hubungan Dengan Bekas Madu, Puan Seri Faizah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved