“Syida Tak ‘Move On’ Lagi” – Bekas Suami Dakwa Tidak Nampak Syida Dengan Teman Lelaki Baharu Seperti Kata Netizen

Entertainment
17 Oct 2026 • 5:45 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Sesi siaran langsung bekas suami pelakon Syida Melvin, Syafiq Azim, di TikTok baru-baru ini mencuri perhatian apabila dia menyentuh mengenai status bekas isterinya itu.

Menerusi siaran langsung pada Jumaat, Syafiq berkata dia tidak melihat kehadiran lelaki yang dikatakan sebagai teman lelaki baharu Syida seperti yang diperkatakan orang ramai.

Advertisement

Dakwa Syida Datang Bersama Teman Lelaki Baharu

Syafiq mendakwa sebelum ini ada individu memberitahu teman lelaki baharu Syida hadir ke sesuatu lokasi, namun dia tidak melihat kelibat lelaki berkenaan.

“Semalam ada orang cakap teman lelaki baru Syida datang. Tapi saya tengok tak ada.”

Syafiq Anggap Masih Ada Peluang

Dalam sesi sama, Syafiq seakan memberikan bayangan bahawa dia masih menyimpan harapan untuk kembali bersama Syida.

“Saya Jual Laici Kang Dekat Kampung Pun Diejek” – Syida Melvin Dakwa Bekas Suami Hina Dirinya

Dia beranggapan masih ada peluang sekiranya Syida masih belum mempunyai pasangan baharu.

“Jadi bermaksud Syida pun belum move on lagi, jadi adalah peluang kot.”

Kenyataan tersebut kemudian menarik perhatian netizen yang mengikuti sesi siaran langsung berkenaan.

Syida Melvin Dan Syafiq Sudah Bercerai Talak Satu

Untuk rekod, Syida dan Syafiq Azim, 37, sah bercerai talak satu pada 12 Ogos lalu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Safa Safeera, 7, Sara Sajedda, 6, dan Serhan Isa, 1.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: “Syida Tak ‘Move On’ Lagi” – Bekas Suami Dakwa Tidak Nampak Syida Dengan Teman Lelaki Baharu Seperti Kata Netizen2026-10-13 16:13:34

“Saya Jual Laici Kang Dekat Kampung Pun Diejek” - Syida Melvin Dakwa Bekas Suami Hina Dirinya

The post “Syida Tak ‘Move On’ Lagi” – Bekas Suami Dakwa Tidak Nampak Syida Dengan Teman Lelaki Baharu Seperti Kata Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved