“Saya Mohon Maaf” - Ketua UMNO Sepang Tampil Jelaskan Ucapan Di PAU 2026

LocalPolitics
14 Sep 2026 • 11:59 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

“Saya Mohon Maaf” - Ketua UMNO Sepang Tampil Jelaskan Ucapan Di PAU 2026

Ketua UMNO Bahagian Sepang, Datuk Noorazli Said tampil memohon maaf sekiranya ucapan yang disampaikannya pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 menimbulkan salah faham atau menyinggung perasaan mana-mana pihak, khususnya penganut agama Kristian.

Menurut Noorazli, kisah yang dikongsikan dalam ucapannya itu hanya digunakan sebagai analogi bagi menyampaikan pengajaran mengenai kepentingan fokus, ketekunan dan kebijaksanaan dalam mencapai sesuatu matlamat.

“Cerita berkenaan tidak pernah bertujuan menghina, memperlekeh atau mempersendakan mana-mana individu, kepercayaan mahupun agama.

“Saya memahami bahawa apabila sesuatu cerita menyentuh figura atau rujukan keagamaan, ia boleh ditafsirkan secara berbeza dan menimbulkan salah faham, khususnya dalam masyarakat Malaysia yang berbilang agama dan kepercayaan.

“Sekiranya penyampaian saya itu telah menimbulkan salah faham atau menyinggung perasaan mana-mana pihak, khususnya penganut agama Kristian, saya dengan penuh rendah hati memohon maaf,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noorazli berkata, perkara berkenaan diterimanya sebagai satu pengajaran dan beliau akan lebih berhati-hati dalam memilih analogi serta menyampaikan pandangan pada masa akan datang.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa dirinya sentiasa menghormati setiap agama dan kepercayaan, selain menjunjung nilai keharmonian, sikap saling menghormati serta persefahaman sebagai asas penting kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia.

Baca juga:

“Saya berharap penjelasan ini dapat meredakan salah faham yang timbul dan kita dapat terus memelihara keharmonian serta semangat saling menghormati antara satu sama lain,” katanya lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved