“Saya tak akan maafkan kamu” – Teman Lelaki Diarah Melutut Di Upacara Pengebumian Kekasih Lepas Kemalangan Maut

26 Nov 2026 • 4:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft pemuda melutut

Seorang wanita berusia 25 tahun yang dikenali sebagai Hu Zhi Yin (transliterasi), maut dalam satu kemalangan ngeri yang didakwa berpunca daripada teman lelakinya yang berusia 20 tahun akibat memandu dalam keadaan mabuk di Kuala Lumpur.

Kemalangan itu dilaporkan berlaku sekitar jam 3:50 pagi pada 20 November lalu, selepas pasangan tersebut menghabiskan masa berhibur di sebuah bar. Lelaki berkenaan didakwa berkeras mahu memandu menghantar teman wanitanya pulang walaupun biarpun dalam keadaan di bawah pengaruh alkohol.

Menurut sumber, walaupun Hu merancang untuk menaiki teksi untuk pulang, pemuda itu dilaporkan berkeras mahu menghantarnya, meskipun sebelum ini pernah berjanji untuk tidak memandu sekiranya dia ada minum minuman keras bersama mangsa.

melutut

Lelaki itu kemudiannya mendakwa bahawa dia memandu pada kelajuan 80km/j dan cuba mengelak sebuah lori sebelum terlanggar pembahagi jalan. Apabila disoal oleh ibu Hu di hospital, dia dilaporkan menafikan memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Saya tidak akan pernah memaafkan kamu kerana saya telah kehilangan anak perempuan saya”

Di majlis penghormatan terakhir Hu, ibu bapa mangsa dilaporkan mengarahkan pemuda berusia 20 tahun itu melakukan kowtow (melutut dan menundukkan kepala sehingga dahi menyentuh lantai sebagai tanda hormat dan memohon maaf) di hadapan mayat mendiang.

Ibu Hu dilaporkan memberitahunya bahawa walaupun perbuatan itu tidak akan membuatkan dirinya memaafkan lelaki tersebut, ia adalah sesuatu yang wajib dilakukannya atas kematian anak perempuannya.

melutut 2

“Bukannya kami mahu melihat dia dijatuhi hukuman mati, tetapi dia perlu diberi pengajaran. Biarlah undang-undang mengambil tindakan terhadapnya. Perkara sebegini tidak boleh berulang lagi.”

melutut 4

“Saya tidak akan pernah memaafkan kamu kerana saya telah kehilangan anak perempuan saya. Tetapi ini adalah sesuatu yang mesti kamu lakukan,” katanya seperti dipetik oleh China Press.

Beliau turut menggesa orang ramai yang mempunyai rakaman kamera papan pemuka (dashcam) semasa kejadian supaya tampil ke hadapan bagi membantu siasatan pihak polis.

Sumber : Oriental Daily, WORLD OF BUZZ

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved