"Saya Tak Boleh Keluar Dari Trolak Bang" Jawapan Nazz Husain Buat Ramai Tersentuh

Family & ParentingLifestyle
6 Aug 2026 • 11:42 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

"Saya Tak Boleh Keluar Dari Trolak Bang" Jawapan Nazz Husain Buat Ramai Tersentuh

"Saya Tak Boleh Keluar Dari Trolak Bang" Jawapan Nazz Husain Buat Ramai Tersentuh

Di sebalik kejayaan seseorang, sering ada kisah pengorbanan yang tidak diketahui ramai.

Ada yang sanggup meninggalkan segalanya demi mengejar impian, namun ada juga yang memilih untuk kekal di sisi insan tersayang kerana memahami bahawa masa bersama ibu bapa tidak akan pernah berulang.

Bagi seorang anak, menjaga ibu bapa yang semakin uzur bukan sekadar tanggungjawab, tetapi satu bentuk kasih sayang yang tidak ternilai. Setiap masa, tenaga dan kesabaran yang diberikan menjadi tanda penghargaan atas segala pengorbanan mereka selama ini.

Dalam Islam, berbuat baik kepada ibu bapa merupakan amalan yang sangat dimuliakan, malah menjaga mereka ketika usia lanjut dianggap sebagai salah satu jalan menuju keberkatan dan syurga.

Begitulah kisah Nazz Husain yang memilih untuk terus berada di sisi ibunya, sebelum Allah membuka jalan rezeki dan mengangkat namanya melalui cara yang cukup istimewa.

Kisah Nazz Husain jadi inspirasi ramai

Baru-baru ini, perkongsian daripada vokalis kumpulan Inteam, Muhammad Hazamin Harun mencuri perhatian ramai apabila menceritakan kisah di sebalik figura yang semakin dikenali menerusi video lip sync lagu-lagu nasyid.

Menurut Hazamin, pada awalnya mereka merancang untuk merakam video bersama kumpulan Hijjaz ketika berada di Kuala Lumpur.

Namun, perancangan itu tidak dapat diteruskan selepas Nazz Husain memberikan jawapan yang cukup menyentuh hati.

"Saya tak boleh keluar dari Trolak ni bang, saya kena jaga mak saya. Mak saya tak boleh berjalan ke mana-mana," ujarnya.

Image from: "Saya Tak Boleh Keluar Dari Trolak Bang" Jawapan Nazz Husain Buat Ramai Tersentuh
Kredit: Muhammad Hazamin bin Harun via Facebook

Jawapan ringkas itu menggambarkan pengorbanan seorang anak yang memilih untuk mendahulukan ibunya.

Ketika ramai mengejar peluang untuk tampil di pentas lebih besar, Nazz Husain tetap memilih untuk berada di sisi insan yang paling memerlukan dirinya.

Baca juga:

Rezeki anak soleh

Menariknya, keputusan untuk menjaga ibunya tidak menghalang rezeki beliau.

Dengan hanya menghasilkan video lip sync di sekitar Felda Trolak Timur, nama Nazz Husain kini semakin dikenali di seluruh Malaysia.

Kedai runcit, kedai makan, pasar tani, kedai petai hingga stesen minyak menjadi lokasi yang sering menghiasi videonya.

Namun, di sebalik kesederhanaan itu, keikhlasan dan kecintaannya terhadap lagu-lagu nasyid daripada kumpulan seperti Hijjaz, Inteam, Saujana, Rabbani dan Brothers berjaya menarik perhatian ramai.

Image from: "Saya Tak Boleh Keluar Dari Trolak Bang" Jawapan Nazz Husain Buat Ramai Tersentuh
Kredit: Muhammad Hazamin bin Harun via Facebook

Populariti yang diraih Nazz Husain bukan sekadar kerana kandungannya, tetapi kerana kisah seorang anak yang memilih untuk berbakti kepada ibunya.

Mengimbau kisah Uwais Al-Qarni yang tidak berkesempatan bertemu Rasulullah SAW kerana memilih menjaga ibunya yang uzur, Hazamin berkata peluang menjaga ibu bapa merupakan satu nikmat yang tidak ternilai.

Menurutnya, anak-anak yang masih diberi ruang dan masa untuk berbakti kepada ibu bapa yang uzur seharusnya menghargai peluang tersebut kerana ia mungkin menjadi jalan menuju keberkatan dan syurga.

"Tahniah Nazz Husain, semoga terus menjadi inspirasi buat ramai," katanya.

Reaksi netizen

Menerusi perkongsian terbaharunya di platform TikTok, Nazz Husain sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila tampil berkolaborasi bersama kumpulan Hijjaz dalam menghasilkan video klip lagu ikonik Selimut Putih dan Rindu.

Rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dan tersentuh melihat gandingan tersebut yang dianggap sebagai satu momen istimewa buat peminat nasyid.

Image from: "Saya Tak Boleh Keluar Dari Trolak Bang" Jawapan Nazz Husain Buat Ramai Tersentuh
Kredit: Muhammad Hazamin bin Harun via Facebook

"Saya pengikut setia abang dari solo sampai dah berkumpulan," seloroh seorang netizen.

"Sedar tak sedar Abang Nazz menaikkan semula lagu-lagu lama nasyid," komen seorang lagi.

"Ewah, Hijjaz pula jadi backup singer. Mantaplah bang... tunggu Saujana pula sampai," tulis seorang netizen yang teruja melihat gandingan tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved