‘Saya Tak Curi Duit Rakyat, Akan Terus Lawan Sakau’ – Anwar Kekal Komited Banteras Kes Rasuah Dalam Negara [Video]

LocalPolitics
6 Nov 2026 • 1:25 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

‘Saya Tak Curi Duit Rakyat, Akan Terus Lawan Sakau’ – Anwar Kekal Komited Banteras Kes Rasuah Dalam Negara [Video]

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah mencuri duit rakyat atau terlibat dalam kes rasuah dalam negara.

Meskipun mendapatkan desakan pelbagai pihak termasuklah cubaan untuk menjatuhkannya, namun Anwar tidak akan berundur daripada menentang dan membanteras isu penyelewengan.

“Apa pun orang boleh hentam saya, saya terima. Tapi saya tak curi duit rakyat. Saya faham banyak orang tak suka saya. Saya faham banyak mahu jatuhkan saya.

“Sebab apa… sebab kita keras lawan orang yang sakau,” katanya ketika berucap di Ceramah Perdana ‘Melaka Rumah Kita’ di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Tangga Batu, Melaka.

Anwar Dakwa Parti Lain Nafi Seleweng Wang Negara

Anwar yang merupakan Pengerusi parti Pakatan Harapan (PH) berkata beliau sebelum ini telah mendengar ucapan ahli politik sebuah parti dalam kempen yang menafikan dakwaan berhubung penyelewengan wang negara selain membangkitkan beberapa isu kewangan terdahulu.

“Semalam saya dengar kempen. Ini kempen parti kawan kita. Dia cakap mana ada sakau ni.

“Ini sakau-sakau, mana ada sakau. Ini saya cerita, RM9 bilion hilang. Ini RM10 bilion. Mana ada sakau,” katanya dalam nada sinis.

‘Hari-hari Tuduh Orang Salah…Kamu Hakimkah?’ – PMX

Ahli Parlimen Tambun itu berkata, mana-mana individu yang terlibat atau disyaki menyalahgunakan atau menyeleweng harta kerajaan perlu diambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang.

Katanya, siasatan menjadi tanggungjawab Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), manakala pendakwaan dikendalikan Jabatan Peguam Negara (AGC) sebelum sesuatu kes diputuskan mahkamah.

“Kalau ada bukti dia curi, mesti kenakan. Bukan tuduh orang ini rasuah, orang ini curi.

“Dia kena siasat, kena ada bukti. Jangan syok sendiri. Hari-hari orang salah, orang salah. Kamu apa? Kamu hakimkah? Kamu poliskah?” katanya.

Anwar Bangkitkan Isu Penyelewengan 1MDB, Skandal Tabung Haji & FELDA

Dalam masa sama, beliau juga membangkitkan skandal Malaysia Development Berhad (1MDB), Lembaga Tabung Haji (TH) dan FELDA di bawah pentabdiran terdahulu yang menurutnya memberi kesan kepada kedudukan kewangan kerajaan kini.

Jelasnya, jumlah kerugian TH yang mencecah RM10 bilion merupakan angka yang besar dan tidak boleh dipandang sebelah mata.

“Bayang kalau tak tipu, saya boleh bagi RM1 bilion setiap tahun kepada FELDA. Orang-orang senang hidup. Sekarang saya mesti cari duit,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: Najib Bersalah 4 Pertuduhan Guna Kedudukan & 21 Pengubahan Wang Haram Babit Dana 1MDB RM2.3b

Baca Artikel Berkaitan: Tabung Haji Rugi RM10 Bilion Sebab Tak Ikut Peraturan & Banyak Masalah Sejak 2014 – Anwar

Baca Artikel Berkaitan: ‘7 Daripadanya Rugi 100%’ – Amir Hamzah Dedah Tabung Haji Kerugian RM13 Bilion Daripada 14 Pelaburan [Video]

Kerajaan Perlu Buat Rundingan Untuk Dapatkan Semula Dana Diperuntukkan Bagi Projek Bekalan Air Di Perak Hingga Pulau Pinang – Anwar

Anwar dalam masa sama turut membangkitkan projek pada tahun 2016 bernilai RM9 bilion yang menurutnya dibiayai melalui pinjaman daripada Exim Bank China, namun sebahagian dana terbabit didakwa tidak menghasilkan projek seperti dirancang.

Kata Anwar, kerajaan mengadakan rundingan bagi mendapatkan semula sebahagian dana itu sebelum menggunakannya untuk projek bekalan air dari Sungai Perak hingga Pulau Pinang.

“Dia boleh bagi RM5 bilion balik. Saya buat projek bekalan air Sungai Perak sampai Pulau Pinang.

“Jadi seluruh Perak sampai seluruh Pulau Pinang ada air. Wang yang dulu hilang masa 2016, siapa ambil balik?” katanya, dipetik Berita Harian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved