“Saya tak tahu” – Jalaluddin harap isu penurunan takhta Tuanku Muhriz selesai segera

LocalPolitics
9 Sep 2026 • 7:30 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, berharap kemelut berhubung Surat Cara Proklamasi yang dikaitkan dengan usaha menurunkan takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, dapat ditangani secepat mungkin.

Image from: “Saya tak tahu” – Jalaluddin harap isu penurunan takhta Tuanku Muhriz selesai segera

Menurut Jalaluddin, beliau tidak mengetahui urutan pelaksanaan perkara itu kerana suda tiada dalam sistem pentadbiran negeri dan mnegetahui perkembangan isu itu menerusi laporan media sejak satu ke dua hari kebelakangan ini.

“Saya selaku Ketua UMNO Negeri Sembilan berharap penyelesaian ini dapat dilakukan dengan segera.
“Saya tidak tahu urutan pelaksanaannya kerana tidak lagi berada dalam sistem. Saya bukan lagi anggota pentadbiran negeri,” katanya ketika ditemui selepas Taklimat Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026, di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur,  hari ini.

Ditanya mengenai laporan polis serta perkara yang dikemukakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, beliau berkata perkara tersebut wajar dirujuk kepada kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Menteri Besar.

“Apa yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri Besar itu, itulah dia kot. Apa yang dikeluarkan dan apa yang dikatakan oleh beliau itu saya tiada komen,” jelasnya.

Terdahulu, Ismail mendakwa dirinya dipaksa menandatangani Surat Cara Proklamasi berkaitan penurunan takhta Yang di-Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan membuat satu laporan polis berhubung perkara itu bagi membolehkan siasatan dijalankan pihak berkuasa.

Dalam perkembangan sama, Jalaluddin turut menyentuh amanat Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang disifatkannya penting sebagai panduan parti dalam menghadapi cabaran masa depan.

Image from: “Saya tak tahu” – Jalaluddin harap isu penurunan takhta Tuanku Muhriz selesai segera

Katanya, UMNO perlu memperkukuh solidariti serta perpaduan dalam kalangan jentera dan kepimpinan parti di semua peringkat bagi memastikan usaha mengembalikan kebangkitan UMNO dan Barisan Nasional dapat direalisasikan.

“Presiden telah memberikan satu petua dan panduan yang sangat penting untuk kita menghadapi hari-hari dan masa depan, khususnya bagi kebangkitan semula UMNO dan Barisan Nasional.
“Bukan sahaja untuk Pilihan Raya Negeri Melaka tetapi untuk kita menghadapi pilihan raya di negeri-negeri yang lain termasuk bagi menghadapi PRU nanti tidak mustahil untuk kita ulang kejayaan besar di Johor dan juga di Negeri Sembilan dengan syarat adanya solidariti dalam kalangan jentera-jentera juga pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat,” tambahnya lagi.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved