Saya terkejut, malu tengok adegan tersebut – Farahdhiya

LocalEntertainment
4 Sep 2026 • 1:39 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Saya terkejut, malu tengok adegan tersebut – Farahdhiya

PETALING JAYA – Pelakon Farahdhiya terkejut apabila drama Madu Atau Racun menayangkan babak sensitif yang disifatkan tidak sepatutnya dipersembahkan kepada penonton.

Pemilik nama penuh Nur Farahdhiya Mohd Amin, 42, itu turut mempersoal bagaimana adegan tidak senonoh mendapat kelulusan pihak tertentu untuk ditayangkan kepada umum.

“Pertama sekali, saya tak pernah menonton drama tersebut dan hanya mengetahui cerita dalam media sosial selepas viral.

“Saya sendiri terkejut dan malu tengok adegan-adegan tersebut.

“Sejujurnya tertanya-tanya bagaimana babak-babak tersebut lulus tayangan,” katanya dalam satu hantaran Threads.

Dalam masa sama, dia meminta segelintir pihak tidak mempertahankan perkara yang secara terang-terangan salah dan tidak sepatutnya dipertontonkan kepada umum.

“Kita tak perlu tegakkan benang yang basah.

“Benda yang salah tetap salah, pusinglah macam mana sekali pun.

“Cuma belajarlah daripada kesilapan. Ini adalah pandangan saya,” ujarnya.

Terdahulu, drama tersebut menerima kecaman hebat susulan menyelitkan babak pelakuan songsang iaitu pasangan lesbian lakonan Elisya Sandha dan Uqasha Senrose.

Isu tersebut mencetuskan perdebatan sehingga ramai pemerhati menolak tayangan drama bersiri 12 episod yang disiarkan di platform penstriman iQIYI itu termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan.

Begitupun, atas usaha Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) yang memanggil wakil penerbit, MIG Production House, iQIYI serta pelbagai agensi berkaitan, saluran penstriman terbabit setuju untuk membuat suntingan sebelum naskhah tersebut dinilao panel untuk tayangan semula.

Selain Elisya, drama arahan Eyra Rahman itu turut dibarisi Aliff Aziz serta Uqasha Senrose. – KOSMO! ONLINE

The post Saya terkejut, malu tengok adegan tersebut – Farahdhiya appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved