”Saya Sendiri Terkejut” – Farahdhiya Beri Respon Lepas Tengok Adegan Drama ‘Madu Atau Racun’

Entertainment
4 Sep 2026 • 3:44 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pelakon, Farahdhiya mengakui terkejut selepas mengetahui drama Madu Atau Racun mencetuskan kontroversi susulan beberapa babak sensitif yang ditayangkan kepada umum.

Menurut laporan Kosmo, Farahdhiya berkata dia sebenarnya tidak pernah menonton drama berkenaan dan hanya mengetahui mengenai kontroversi itu selepas ia tular di media sosial.

Pertama sekali, saya tak pernah menonton drama tersebut dan hanya mengetahui cerita dalam media sosial selepas viral.

Saya sendiri terkejut dan malu tengok adegan-adegan tersebut.

Sejujurnya tertanya-tanya bagaimana babak-babak tersebut lulus tayangan.

“Benda yang salah tetap salah” – Farahdhiya

Image from: ”Saya Sendiri Terkejut” – Farahdhiya Beri Respon Lepas Tengok Adegan Drama ‘Madu Atau Racun’

Dalam pada itu, Farahdhiya turut meminta orang ramai supaya tidak mempertahankan perkara yang dianggap salah dan tidak sepatutnya dipertontonkan kepada umum.

Kita tak perlu tegakkan benang yang basah.

Benda yang salah tetap salah, pusinglah macam mana sekali pun.

Cuma belajarlah daripada kesilapan. Ini adalah pandangan saya.

Finas panggil pihak terlibat drama Madu atau Racun

Two women lean in toward each other and smile on a sunny city street.

Susulan kontroversi itu, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) memanggil wakil penerbit, MIG Production House, iQIYI serta beberapa agensi berkaitan.

Hasil perbincangan, pihak platform penstriman berkenaan bersetuju untuk membuat suntingan sebelum naskhah tersebut dinilai panel untuk tayangan semula.

Selain Elisya Sandha dan Uqasha Senrose, drama arahan Eyra Rahman itu turut menampilkan Aliff Aziz.

Nota Oh! Media:
Isu kandungan sensitif sememangnya perlu ditangani dengan berhati-hati. Apa yang ditayangkan kepada umum wajar mengambil kira garis panduan serta sensitiviti masyarakat, dan teguran pula sebaiknya dijadikan ruang untuk penambahbaikan.

Sumber: Kosmo
Ikuti Perbincangan: Whatsapp, Facebook, Threads dan Instagram.

The post ”Saya Sendiri Terkejut” – Farahdhiya Beri Respon Lepas Tengok Adegan Drama ‘Madu Atau Racun’ appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved