Sayu, Tiga Beradik Maut Selepas Motor Dinaiki Dipercayai Bertembung Dengan Lori

8 Oct 2026 • 3:58 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Sayu, Tiga Beradik Maut Selepas Motor Dinaiki Dipercayai Bertembung Dengan Lori

Johor -- Tiga beradik maut dalam kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan lori di Jalan Kampung Parit Haji Siraj, Kayu Ara Pasong, Pontian, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Hadzrath Hussein Mion Hussain mengesahkan kejadian tersebut yang dipercayai berlaku kira-kira jam 7.20 pagi.

Menurutnya, ketika kejadian, seorang lelaki berusia 18 tahun sedang menunggang motosikal jenis Honda bersama dua pembonceng, masing-masing kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dan kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun, dari arah Jalan Parit Haji Omar menghala ke Kayu Ara Pasong.

Tiga beradik maut

"Apabila tiba di lokasi kejadian, motosikal tersebut dipercayai telah bertembung dengan sebuah lori jenis Daihatsu yang datang dari arah bertentangan.

"Akibat pelanggaran tersebut, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pontian.

"Dua pembonceng yang merupakan adik-beradik penunggang turut mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Sementara itu, pemandu lori berusia 69 tahun mengalami kecederaan pada tangan dan kedua-dua lutut serta telah menerima rawatan.

Baca juga:

"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati motosikal dipercayai telah melanggar bahagian hadapan sebelah kanan lori. Walau bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar serta keadaan yang membawa kepada pelanggaran tersebut.

"Kedua-dua kenderaan terlibat telah ditahan untuk tujuan siasatan lanjut," ujarnya lagi.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun serta denda RM20,000 hingga RM50,000 dan hilang kelayakan memegang lesen memandu selama tempoh tidak kurang lima tahun, jika sabit kesalahan.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa peka dan mematuhi undang-undang serta peraturan yang ditetapkan demi menjaga keselamatan bersama ketika berada di jalan raya.

Dalam pada itu, orang ramai yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kemalangan tersebut diminta tampil di Pejabat Trafik IPD Pontian atau menghubungi Inspektor Roshini a/p Suppiah di talian 016-2553983 bagi membantu siasatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved