Sebahagian Jalan Syed Putra, Persimpangan Jalan Istana ditutup mulai 14 Sept

12 Sep 2026 • 9:47 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Pegawai polis jatuh

KUALA LUMPUR: Sebahagian Jalan Syed Putra dan Persimpangan Jalan Istana di sini ditutup secara berperingkat bermula 14 Sept dari 10 malam hingga 5 pagi bagi kerja awal pembinaan Projek Sambungan Lebuhraya Baru Pantai (NPE 2).

New Pantai Expressway Sdn Bhd (NPE) dalam kenyataan hari ini memaklumkan penutupan sebahagian jalan itu dan pengaktifan pengurusan trafik sementara akan dilakukan mengikut jadual kerja pembinaan.

“Justeru, pengguna dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal serta mematuhi semua papan tanda, arahan petugas dan pengurusan trafik yang disediakan,” menurut kenyataan itu.

NPE turut mengingatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi panduan keselamatan dan berwaspada ketika melalui kawasan pembinaan.

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut berkaitan kerja pembinaan dan pengurusan trafik boleh menghubungi talian NPE Infoline 1300-88-1010. -BERNAMA

The post Sebahagian Jalan Syed Putra, Persimpangan Jalan Istana ditutup mulai 14 Sept appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved