Sebelum kira kalori, cuba kira kobis

Health & Fitness
14 Sep 2026 • 8:00 AM MYT
Public Health M'sia
Public Health M'sia

Public Health M'sia shares simple, relatable health education.

Image from: Sebelum kira kalori, cuba kira kobis
Gambar: Public Health M'sia

SEBELUM KIRA KALORI, CUBA KIRA KOBIS.

Satu.

Dua.

Tiga.

Empat.

Dah habis.

Tular gambar satu set nasi ikan keli gepuk yang kobisnya terlalu sedikit sehingga boleh dikira helai demi helai @nur_shamira18

Memang kelakar. Tetapi gambar ini menunjukkan sesuatu yang sudah terlalu normal dalam makanan kita.

Pinggan penuh dengan nasi.

Lauk besar.

Sambal banyak.

Sayur pula sekadar hiasan.

Kehadiran beberapa helai kobis tidak terus menjadikan satu hidangan itu seimbang. Yang penting bukan sekadar “ada sayur”, tetapi berapa banyak ruang yang diambil oleh sayur berbanding nasi dan lauk.

Kita selalu menyuruh masyarakat makan lebih banyak sayur. Namun apabila makan di luar, pilihan yang tersedia kadangkala memang tidak membantu.

Ini bukan semata-mata masalah disiplin individu. Persekitaran makanan juga membentuk cara kita makan.

Apa yang boleh dilakukan?

Jika ada pilihan, minta sayur tambahan. Ambil satu hidangan sayur berasingan untuk dikongsi. Jika dibungkus pulang, tambah timun, tomato atau sayur yang ada di rumah.

Kepada peniaga pula, mungkin sudah tiba masanya sayur tidak lagi diberi mengikut helai.

Beri sekurang-kurangnya satu genggam yang sebenar.

Kita sudah terlalu biasa mengira kalori, gula dan berat badan.

Sesekali, cuba kira kobis.

Kalau masih boleh dikira satu demi satu, mungkin itu belum lagi portion sayur. Itu baru attendance.


Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved