Sebuah Hati Untuk Negara - Jati Mencipta Seni Padi Terbesar Di MAHA 2026

2 Sep 2026 • 11:55 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Sebuah Hati Untuk Negara - Jati Mencipta Seni Padi Terbesar Di MAHA 2026

SERDANG, 1 SEPTEMBER 2026 - JATI, salah satu jenama beras paling digemari di Malaysia, dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, telah mencipta rekod baharu menerusi satu bentuk seni yang unik. Natural Waves of Malaysia, karya seni padi berskala besar oleh JATI, telah diiktiraf secara rasmi oleh Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai "Formasi Seni Padi Terbesar" negara, berikutan pelancarannya di bahagian Laman Padi sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 yang berlangsung baru-baru ini.

Berukuran 119 kaki kali 126 kaki, karya seni ini turut menampilkan logo JATI yang berukuran 58.42 kaki kali 19.07 kaki. Formasi ini dihasilkan sepenuhnya menggunakan padi hidup, bukan cat, pewarna mahupun bahan sintetik. Pelbagai peringkat pertumbuhan padi digunakan untuk menghasilkan warna dan kontras dalam reka bentuk bagi membentuk simbol hati serta nama jenama JATI merentasi kawasan sawah, sebagai lambang kasih sayang berterusan jenama ini terhadap beras Malaysia serta komuniti pesawah yang menjadi tunjang industri ini.

"Pencapaian ini merupakan detik yang membanggakan bagi semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan projek ini. Sebagai jenama yang berakar umbi dalam industri beras, kami mahu meraikan padi dengan cara yang berbeza, disamping mengetengahkan kreativiti dan keupayaan pertanian yang kita miliki di Malaysia," kata Encik Low Kok Kean, Pengerusi LK Labuan Foundation.

Seni Padi Diiktiraf Malaysia Book Of Records

Formasi ini telah disahkan oleh Malaysia Book of Records sebelum rekod tersebut diiktiraf secara rasmi. Sijil MBOR tersebut kemudiannya disampaikan oleh Encik Jwan Heah, Ketua Pegawai Operasi Malaysia Book of Records, kepada Encik Low Kok Kean, Pengerusi LK Labuan Foundation, yang menerima pengiktirafan tersebut bagi pihak JATI, dengan disaksikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia.

seni padi

Natural Waves of Malaysia mengambil inspirasi daripada pergerakan semula jadi padi yang beralun lembut mengikut tiupan angin, membentuk alunan kehijauan dan keemasan serta menghidupkan salah satu tanaman pertanian yang paling sinonim dengan Malaysia dalam skala yang luar biasa.

Di sebalik penghasilan formasi ini ialah perancangan dan ketelitian yang mengambil masa berbulan-bulan. Proses ini bermula dengan pemetaan reka bentuk menggunakan AutoCAD, sebelum setiap bahagian ditandakan dengan teliti di kawasan sawah menggunakan pancang kayu dan tali. Kaedah ini menjadi panduan sepanjang proses penanaman bagi memastikan bentuk dan skala karya dapat dihasilkan dengan tepat.

seni padi

Setelah proses pemetaan selesai, benih padi MR 284 ditanam secara berperingkat dalam tiga fasa, iaitu Fasa Kuning, Fasa Hijau dan peringkat Anak Padi. Perbezaan waktu penanaman membolehkan padi mencapai tahap kematangan yang berbeza, lalu menghasilkan variasi warna semula jadi yang menyerlahkan keseluruhan reka bentuk.

Bagi JATI, pencapaian ini bukan sekadar tentang mencipta rekod. Sebagai tanaman yang begitu dekat dengan kehidupan rakyat Malaysia, padi menjadi medium untuk JATI menampilkan kreativiti dalam cara yang segar dan bermakna. Menerusi projek ini, JATI berharap dapat membuka perspektif baharu terhadap potensi pertanian serta bagaimana bidang ini boleh diterokai secara lebih kreatif.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved