“Segalanya hanya pinjaman” – Restoran Ditukar Milik, Kim Seri Dakwa ‘Dibuang’ Secara Tiba-tiba?

Entertainment
18 Dec 2024 • 11:31 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Isu pakej pelancongan pempengaruh, Kim Seri masih menjadi bualan ramai sehingga ke hari ini. Namun ia tidak terhenti di situ.

Sebelum ini, Kim Seri juga mempunyai restoran makanan Korea halal sebesar tiga tingkat di Myeondong, Seoul.

Kim Seri Restaurant itu menjadi perhatian ramai terutama pelancong beragama Islam yang sukar mencari makanan halal di destinasi pelancongan itu.

Pun begitu, kerana kontroversi yang melanda Kim Seri baru-baru ini, restoran itu difahamkan sudah pun dipindah milik dan Kim Seri mendakwa dia ‘ditendang’ dari pemilikan perniagaan itu.

image is not available

Dalam hantaran di IG Story itu, Kim Seri menangkap layar kenyataan seorang individu yang menyatakan Kim Seri bukan lagi pemilik restoran itu dan meminta orang ramai untuk tidak menyerang WhatsApp restoran berkenaan.

“Allah tahu siapa yang berusaha keras mendapatkan kedai ini dulu daripada pemilik.

Allah tahu penat lelah yang kita mulakan. Berbulan draft rangka & hias reka, hari ini kita ditendang tiba-tiba. Kejam ya dunia perniagaan. Selamat datang ke dunia muka-muka,” tulis Kim Seri.

image is not available

Dalam beberapa IG Story yang lain, Kim Seri turut memuat naik kenangannya bersama restoran itu selain mengakui segalanya hanyalah ‘pinjaman’ daripada-Nya.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.