Masih Tenang ‘Upload’ Video Kehidupan Di Korea, Kim Seri Muat Naik ‘Update’ Terbaru Isu Refund

Entertainment
17 Dec 2024 • 11:22 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nama influencer terkenal di TikTok, Kim Seri kini menjadi sebutan ramai selepas tular beberapa isu yang mendakwa wanita ini terlibat dalam penipuan ketika menguruskan pakej percutian ke Korea.

Ramai yang mendakwa pakej percutian yang ditawarkan Kim Seri tidak diuruskan dengan baik, di samping ada juga mengadu terkandas di Korea kerana tidak mendapat tiket penerbangan pulang ke Malaysia.

Kim Seri masih tenang upload story di IG

Meskipun dilanda pelbagai kecaman dan pendedahan, Kim Seri dilihat tenang di IG story apabila dia masih memuat naik video dan gambar kehidupannya di Korea.

image is not available

image is not available

Malah, dia juga baru memuat naik ‘update’ terbaru berkenaan isu refund kepada pelanggannya yang dibatalkan atau ditunda pakej percutian itu.

Untuk trip Korea yang dibatalkan dan ditunda, hari ini sebelum jam 4 petang waktu Malaysia saya akan update beberapa info untuk urusan refund dan nombor Whatsapp baru untuk rujukan semua pelanggan berkenaan bayaran balik yang kita lakukan dari semasa ke semasa.”

image is not available

Sikap yang dipamerkan pempengaruh berkenaan mendapat pelbagai reaksi netizen yang kecewa dengan apa yang terjadi.

image is not available

Kita doakanlah duit mereka yang kena scam ni dapat dipulangkan semula. Kasihan orang kumpul duit berbelas ribu nak travel, tapi lain pula jadinya.

Sumber: Instagram, Thread

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.