Wong Chen letak jawatan Ahli Parlimen Subang

LocalPolitics
10 Aug 2026 • 5:36 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Wong Chen letak jawatan Ahli Parlimen Subang

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Subang mengumumkan meletakkan jawatannya sebagai wakil rakyat dan mengosongkan kerusinya berkuatkuasa pukul 5 petang, hari ini.

Wong Chen berkata, notis peletakkan jawatannya itu telah disampaikan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr. Johari Abdul.

“Notis ini telah disampaikan kepada Tan Sri selaras dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan bertarikh 5 Ogos bagi memberikan tempoh tiga hari bekerja kepada pentadbiran Parlimen untuk menguruskan segala proses serta dokumentasi berkaitan dengan kekosongan jawatan tersebut,” katanya.

Notis dengan cop pengesahan diterima Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat Parlimen Malaysia itu dikongsikan Wong melalui akaun Facebook miliknya hari ini.

Dalam hantaran itu, Wong berkata, beliau telah berjumpa dengan Johari pada 5 Ogos lalu bagi menyerahkan surat peletakkan jawatannya.

“Kami telah mencapai persetujuan bersama untuk tidak mendedahkan sebarang butiran sehingga pukul 5 petang 10 Ogos (hari ini).

“Kami juga akan menggugurkan gelaran kehormat Yang Berhormat (YB) daripada semua papan iklan, papan tanda dan surat menyurat mulai bulan depan,” katanya.

Wong turut memaklumkan beliau akan mengadakan sidang akhbar pada hari Rabu jam 11 pagi namun lokasinya tidak didedahkan.

Dalam pada itu, Wong yang dilihat sebagai sekutu rapat bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli turut merakam penghargaan dan ucapan terima kasihnya kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat dan seluruh warga Parlimen Malaysia.

Penghargaan itu dizahirkan kerana kepercayaan, sokongan dan kerjasama yang baik selama tiga penggal beliau berkhidmat sebagai Ahli Parlimen. – UTUSAN

The post Wong Chen letak jawatan Ahli Parlimen Subang appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved