Sekolah di Melaka dibuka semula esok – Exco

11 Oct 2026 • 6:03 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Sekolah di Melaka dibuka semula esok – Exco

Semua institusi pendidikan di Melaka dibuka semula esok selepas Indeks Pencemar Udara (IPU) mencatatkan bacaan sederhana di bawah 100, kata Exco Datuk Rahmad Mariman.

MELAKA: Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan di Melaka akan dibuka semula mulai esok (12 Okt) selepas Indeks Pencemar Udara (IPU) mencatatkan bacaan sederhana, iaitu bawah 100.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman berkata keputusan itu mengambil kira perkembangan terkini kualiti udara semasa serta memastikan aspek pendidikan, keselamatan dan kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga institusi pendidikan sentiasa diberikan keutamaan.

“Sehubungan itu, pihak pentadbir institusi pendidikan diminta untuk mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan kelancaran pengoperasian institusi masing-masing serta mematuhi arahan dan garis panduan semasa yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan dan pihak berkuasa berkaitan.

“Ibu bapa dan penjaga juga dinasihatkan supaya terus memantau tahap kesihatan anak-anak serta mendapatkan rawatan sekiranya mereka mengalami gejala berkaitan pencemaran udara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata sebarang perubahan arahan pengoperasian akan dimaklumkan melalui saluran rasmi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)  Melaka.

Katanya, JPN Melaka merakamkan penghargaan atas keprihatinan semua pihak dalam memastikan kesinambungan pendidikan serta keselamatan seluruh warga pendidikan di Melaka diberikan keutamaan.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Melaka mencatatkan bacaan IPU sederhana setakat 2 petang ini, iaitu Alor Gajah (91), Bukit Rambai (94) dan Bandaraya Melaka (96).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved