Sekolah di tiga daerah Selangor ditutup akibat jerebu

LocalEnvironment
11 Oct 2026 • 4:36 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Sekolah di tiga daerah Selangor ditutup akibat jerebu

PETALING JAYA: Semua sekolah di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Langat, Gombak dan Petaling Perdana masih ditutup susulan keadaan jerebu yang menjejaskan kualiti udara.

Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan perkembangan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di kawasan berkenaan.

Menurutnya, penutupan tersebut melibatkan semua sekolah di bawah pentadbiran ketiga-tiga PPD terbabit, manakala sekolah di daerah lain di Selangor akan beroperasi seperti biasa.

“Semua sekolah di bawah pentadbiran PPD Hulu Langat, PPD Gombak dan PPD Petaling Perdana ditutup sepenuhnya berikutan perkembangan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU).

“Sementara itu, semua sekolah di daerah-daerah lain di negeri Selangor beroperasi seperti biasa,” katanya dalam kenyataan.

JPNS memaklumkan, pihak sekolah yang terlibat diminta segera memaklumkan keputusan penutupan berkenaan kepada ibu bapa atau penjaga serta mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid sentiasa diutamakan.

Katanya, warga pendidikan dan ibu bapa turut dinasihatkan supaya mengikuti makluman rasmi pihak berkuasa berhubung perkembangan kualiti udara serta arahan pengoperasian sekolah.

“Maklumat lanjut mengenai operasi dan pembukaan semula sekolah akan dimaklumkan melalui saluran rasmi Kementerian Pendidikan (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor,” katanya.-UTUSAN

The post Sekolah di tiga daerah Selangor ditutup akibat jerebu appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved