Sekolah di Sentul, Keramat dibuka semula esok

11 Oct 2026 • 3:10 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sekolah di Sentul, Keramat dibuka semula esok

PETALING JAYA – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di daerah Sentul dan Keramat akan dibuka semula esok selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan penurunan selama tiga hari berturut-turut.

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, bacaan IPU di Stesen CA15W Batu Muda mencatatkan paras sederhana iaitu 84 setakat pukul 2 petang semalam.

Sehubungan itu, pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) serta arahan Bekerja dari Rumah (BDR) bagi kawasan berkenaan turut ditamatkan.

Bagaimanapun, semua institusi pendidikan di bawah KPM di daerah Bangsar dan Pudu akan terus ditutup berikutan kualiti udara yang masih berada pada tahap tidak sihat.

JPWPKL memaklumkan, bacaan IPU di Stesen CA16W Cheras merekodkan paras 152 pada pukul 2 petang semalam.

Susulan itu, PdPR serta arahan BDR bagi guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) di daerah berkenaan diteruskan sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Menurut kenyataan itu, JPWPKL bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan institusi pendidikan akan terus memantau bacaan IPU dari semasa ke semasa serta mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan perkembangan kualiti udara.

Ibu bapa dan penjaga turut diminta peka terhadap perkembangan semasa serta mengambil langkah berjaga-jaga bagi melindungi kesihatan anak-anak.- KOSMO! ONLINE

The post Sekolah di Sentul, Keramat dibuka semula esok appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved