

Satu klip video tular di media sosial yang menunjukkan sekumpulan lelaki memecahkan cermin beberapa kereta yang diparkir di Desa Mentari, Petaling Jaya.
Susulan itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat, berkata tiga lelaki warga tempatan itu sudah ditahan dalam tiga serbuan berasingan di sekitar Petaling Jaya.
Difahamkan, lima kereta dilaporkan mengalami kerosakan tetapi tiada kehilangan harta benda dilaporkan.






