
WARGA Hospital Sungai Buloh menjadi saksi sebuah kisah pengorbanan yang menyentuh hati. Pemergian insan berhati mulia, Allahyarham Muhammad Nicklos Muhammad Nizam yang tampil sebagai penderma organ tular menjadi inspirasi dan dalam masa yang sama mengundang air mata.
Arwah yang menghembuskan nafas terakhir selepas mengalami kecederaan otak yang kritikal akibat kemalangan jalan raya.
Lebih memilukan, detik-detik terakhir Allahyarham diberi penghormatan oleh kakitangan hospital mengundang pilu dan doa warganet.

Hospital Sungai Buloh (HSB) menerusi hantaran di Instagram berkongsi pengorbanan murni pemuda berusai 22 tahun itu.
'HSB merupakan antara empat hospital yang telah menerima pendermaan organ/ tisu yang dijalankan serentak.
"Arwah Muhammad Nicklos Muhammad Nizam telah mendermakan empat jenis tisu yang akan membantu sekurang-kurangnya lapan orang insan bertuah.
"Semoga arwah dicucuri rahmat dan pendermaan ini menjadi salah satu asbab arwah ditempatkan di syurga," kongsinya.
Difahamkan, Allahyarham terdahulu terlibat dalam kemalangan ketika pulang dari tempat kerja pada 8 Ogos. Selepas pelbagai usaha dan rawatan, pemuda itu menghembuskan nafas terakhir empat hari kemudian.
Menerusi sebuah perkongsian di TikTok ahli keluarga, difahamkan Muhammad Nicklos merupakan anak sulung daripada enam adik-beradik.

"Arwah telah ditimpa kemalangan sewaktu pulang dari tempat kerja yang menyebabkan kecederaan otak yang kritikal.
"Walaupun pembedahan dijalankan, keadaannya tidak dapat dipulihkan dan akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada 12 Ogos 2026.
"Perjalanan terakhir arwah diiringi kakitangan hospital sebagai penghormatan insan mulia ini yang telah mendermakan sebahagian tubuhnya untuk kelangsungan hidup orang lain.
"Tisu yang didermakan termasuk kornea mata, injap jantung, salur darah femoral dan kulit.
"Selamat jalan buat anak buahku Muhammad Nicklos, aunty salute semua pengorbananmu," kongsinya.
Lebih bererti lagi, prosedur pendermaan dilakukan pada Hari Pendermaan Organ Sedunia iaitu 13 Ogos 2026.
Proses pendermaan tersebut membabitkan kerjasama pasukan daripada Institut Jantung Negara (IJN), Jabatan Oftalmologi, Jabatan Plastik serta Unit Perolehan Organ dan Tisu Hospital Sungai Buloh.
Warga maya mengucapkan takziah kepada keluarga atas pemergian Allahyarham yang disifatkan sebagai insan mulia.



![[VIDEO] ‘Hadiah akhir’ Muhammad Nicklos derma 4 jenis tisu](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-14-at-3.15.52-PM-1024x701.jpeg)
![Isu Kematian Anjing Rocky: “Saya Tidak Hadir Malam Itu Dengan Niat Untuk Mencederakan, Jauh Sekali Untuk Membunuh” – Shah [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/Pemuda-Shah-dikaitkan-dengan-kematian-anjing-Rocky-tampil-bersuara.jpg?t=1786613072)