
SHAH ALAM, 20 OGOS: Perenang Selangor, Daniel Scoot Williams meraih pingat emas dalam acara 200 meter gaya kuak lentang lelaki pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026, di Pusat Akuatik Selangor, hari ini.
Daniel mencatat masa 2 minit 7.81 saat untuk menamatkan saingan di tempat pertama dan menghadiahkan emas buat kontinjen Selangor.
Semalam, Daniel turut meraih emas emas acara 50 meter gaya lentang lelaki dengan catatan masa 26.81 saat.






