Selangor perkasa Lembah Beringin sebagai hab automotif bertaraf tinggi

LocalCars
7 Aug 2026 • 5:11 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Selangor perkasa Lembah Beringin sebagai hab automotif bertaraf tinggi

SHAH ALAM, 7 OGOS: Lembah Beringin High Tech Auto Valley yang menjadi hab automotif bertaraf tinggi turut menjadi tumpuan pentadbiran dalam kerangka pembangunan Rancangan Selangor Kedua (RS-2).

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pusat terletak di Hulu Selangor itu akan diperkasa dengan industri pembuatan kenderaan elektrik.

“Hab ini bertujuan untuk menarik pelaburan modal swasta dan pemerkasaan kerjasama strategik tempatan dan antarabangsa, di samping menghidupkan semula aktiviti ekonomi daerah.

Image from: Selangor perkasa Lembah Beringin sebagai hab automotif bertaraf tinggi
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika sesi pembentangan Rancangan Selangor Kedua (RS-2) ketika mesyuarat kedua persidangan penggal keempat Dewan Negeri Selangor 2026 di Dewan Negeri Selangor pada 7 Ogos 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

“Fasa pertama dijangka menjana 300 pekerjaan, dengan penyerahan tanah kepada Chery sebagai langkah awal pelaksanaan,” katanya membentang RS-2 di sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Pada Jun, Amirudin ketika majlis topping out Taman Perindustrian Automotif Pintar Chery (Chery Smart Auto Industrial Park) berkata projek melibatkan pelaburan berjumlah RM2 juta itu dijangka mengukuhkan kedudukan Hulu Selangor sebagai hab pembuatan automotif.

Katanya projek dijangka memulakan operasi pada suku pertama tahun depan dijangkakan mewujudkan ribuan peluang pekerjaan selain ekosistem pembuatan automotif berskala besar.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved