Selangor terus subur budaya membaca, perkasa bahasa dan sastera

31 Aug 2026 • 4:35 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Selangor terus subur budaya membaca, perkasa bahasa dan sastera

SHAH ALAM, 31 OGOS: Kerajaan Negeri komited terus memberi ruang dan sokongan terhadap perkembangan bahasa dan sastera bagi memperkukuh jati diri, budaya serta pemikiran masyarakat.

EXCO Kebudayaan Dato’ Borhan Aman Shah berkata usaha itu penting bagi memastikan kemajuan Selangor tidak hanya diukur melalui pembangunan fizikal, sebaliknya turut disertai pengukuhan nilai ilmu dan budaya.

“Puisi dan sastera bukan sekadar susunan kata, tetapi membawa bersama bahasa, budaya, sejarah dan jati diri bangsa.

“Begitu juga budaya membaca yang perlu terus kita suburkan, khususnya dalam kalangan generasi muda, supaya kemajuan yang kita bina sentiasa seiring dengan ilmu, nilai dan kebijaksanaan,” katanya menerusi Facebook.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Hari Puisi Nasional dan Pelancaran Dekad Membaca Kebangsaan 2026 Peringkat Negeri Selangor yang menghimpunkan penulis, penyair serta penggiat sastera.

Borhan turut mengucapkan tahniah kepada penerima Tokoh Puisi Negeri Selangor 2026 atas pengiktirafan yang diterima.

Menurutnya, penghargaan itu diharap dapat terus menyemarakkan dunia puisi dan sastera serta menjadi inspirasi kepada generasi penulis akan datang.

“Kerajaan Negeri akan terus memberi ruang dan sokongan kepada perkembangan bahasa dan sastera dalam usaha menjadikan Selangor bukan sahaja maju pembangunannya, tetapi turut tinggi budayanya dan subur pemikirannya.

“Semoga puisi terus menjadi suara maruah, membaca terus menjadi jalan ilmu dan bahasa terus menjadi jiwa bangsa,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved