Selepas lebih tiga dekad, Ziana Zain kini bergelar Datuk

LocalEntertainment
24 Aug 2026 • 11:42 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Selepas lebih tiga dekad, Ziana Zain kini bergelar Datuk

MELAKA – Penyanyi popular tanah air, Siti Roziana Zain atau lebih dikenali sebagai Ziana Zain kini bergelar Datuk selepas dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) yang membawa gelaran berkenaan.

Penganugerahan itu diterima beliau pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Hari Jadi Ke-77 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Mohd. Ali Mohd. Rustam, di Balai Istiadat Seri Negeri, hari ini.

Ziana antara 189 individu yang dianugerahkan D.P.S.M. dalam istiadat berkenaan, selain penerima lain daripada pelbagai latar belakang termasuk bidang perkhidmatan awam, politik, korporat dan seni.

Sebelum ini, pelantun lagu Madah Berhelah itu pernah berkongsi bahawa beliau tidak pernah mengejar gelaran Datuk, sebaliknya menganggap perkara berkenaan sebagai rezeki sekiranya dianugerahkan.

Katanya, perkara paling penting baginya adalah meneruskan kerjaya sebagai penyanyi dan menghiburkan peminat selepas lebih tiga dekad berada dalam industri seni.

Ziana sebelum ini turut memaklumkan bahawa khabar angin mengenai penganugerahan gelaran itu sudah lama diperkatakan, namun menyerahkan perkara tersebut kepada rezeki dan ketentuan Allah SWT.

Sepanjang perjalanan seni, Ziana dikenali menerusi deretan lagu popular seperti Puncak Kasih, Anggapanmu dan Putus Terpaksa, selain menjadi antara penyanyi wanita yang kekal mendapat tempat dalam industri muzik tanah air.

Penganugerahan Datuk itu sekali gus menjadi satu lagi pengiktirafan terhadap sumbangan beliau dalam bidang seni yang diceburi sejak awal kemunculan sebagai penyanyi profesional.

Dalam istiadat sama, seramai 1,328 penerima menerima pelbagai darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka.

The post Selepas lebih tiga dekad, Ziana Zain kini bergelar Datuk appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved