Semak Status Tunggakan Cukai Sebelum Keluar Negara, Elak Perjalanan Disekat – LHDN

LocalPersonal Finance
28 Mar 2025 • 3:51 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Orang ramai diminta menyemak status tunggakan cukai dan sekatan perjalanan masing-masing terlebih dahulu sebelum merancang bercuti ke luar negara sempena Hari Raya Aidfiltri yang bakal tiba.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam satu kenyataan berkata, berdasarkan Seksyen 104 dan 75A Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 dan Seksyen 22 Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, pihaknya diberi kuasa untuk menghalang mana-mana individu daripada meninggalkan Malaysia jika mereka atau syarikat mereka mempunyai tunggakan cukai yang tidak dijelaskan kepada kerajaan.

“Sekatan perjalanan merupakan tindakan terakhir yang boleh dikenakan sekiranya pembayar cukai masih lagi gagal membuat bayaran terhadap baki cukai yang tertunggak (individu dan syarikat) selepas pelbagai peringatan dan notis diberikan.”

Langkah penting yang perlu diambil oleh pembayar cukai yang ingin ke luar negara adalah menyemak status tunggakan cukai masing-masing terlebih dahulu menerusi portal MyTax.

Selain itu, semakan sekatan perjalanan ke luar negara boleh dilakukan menerusi portal rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di https://sspi.imi.gov.my/sspi/.

Sekiranya pembayar cukai mempunyai tunggakan cukai dan dikenakan sekatan perjalanan, mereka adalah dimohon untuk membuat bayaran sepenuhnya atau menghubungi Pejabat HASiL yang mengendalikan fail cukai mereka untuk tujuan rundingan bayaran ansuran bagi membolehkan mereka meneruskan perjalanan ke luar negara.

Sebagai maklumat tambahan, permohonan pembatalan sekatan perjalanan boleh dibuat secara dalam talian menerusi perkhidmatan e-Sekatan Perjalanan di portal MyTax dengan mematuhi 4 syarat iaitu:

  • Individu Warganegara Malaysia
  • Membuat Bayaran Penuh
  • Kes sekatan perjalanan dikenakan di bawah ACP 1967.
  • Tidak melibatkan sekatan perjalanan ke atas pengarah syarikat

Maklumat lanjut berkenaan e-Sekatan Perjalanan boleh dirujuk pada soalan lazim menerusi capaian pantas di SINI.

Selain itu, permohonan pembatalan sekatan perjalanan juga boleh dilakukan dengan prosedur dan saluran sedia ada iaitu dengan hubungi HASiL Contact Centre di talian 03-8911 1000 atau berkunjung ke Pejabat HASiL berhampiran mengikut ketetapan waktu operasi HASiL.