Semangat hilang bila emak tiada – Hafiz Suip enggan sertai pertandingan

LocalEntertainment
2 Sep 2026 • 11:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Semangat hilang bila emak tiada – Hafiz Suip enggan sertai pertandingan

PETALING JAYA: Penyanyi, Hafiz Suip berkata, pemergian ibu tercinta, Halizawati Salleh pada tahun lalu menjadi faktor utama dia tidak mempunyai kekuatan untuk kembali bersaing di mana-mana pertandingan nyanyian.

Menurut penyanyi Awan Nano ini, arwah ibu merupakan tulang belakang dan penyokong setia kerjaya seninya sejak dia mula melangkah ke industri menerusi Akademi Fantasia musim ketujuh.

“Cuma setelah kehilangan seorang emak ini, saya rasa berat untuk masuk pertandingan sebab dia yang selalu ada kalau saya masuk apa-apa pertandingan semenjak Akademi Fantasia lagi.

“Dialah yang beri semangat dan sokongan seratus peratus. Jadi, bila dia sudah tiada, entahlah, semangat saya macam hilang,” katanya dalam satu perkongsian di aplikasi TikTok, baru-baru ini.

Tambah Hafiz, perasaan kehilangan itu sukar untuk digambarkan dengan kata-kata dan hanya mereka yang pernah melalui situasi sama akan memahami kepedihan yang dirasainya.

“Saya tak mahu anda semua rasa semua ini sebab ia sakit. Tak tahu nak jelaskan macam mana, hanya yang faham akan faham,” katanya.

Selain faktor emosi, pemenang empat kali Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu itu juga mengakui faktor komitmen yang tinggi dan tekanan dalam pertandingan membuatkan dia berfikir dua kali untuk menyertainya.

“Kedua, penat nak masuk pertandingan sebab komitmen nak kena beri lebih 150 peratus dan tekanan yang dihadapi,” ujarnya.

Terdahulu, segelintir peminat meluahkan hasrat untuk melihat Hafiz beraksi di pentas Gegar Vaganza manakala ada juga berpendapat Hafiz patutnya tidak lagi bergelar peserta tetapi juri kepada pertandingan itu.

Untuk rekod, ibu kepada Hafiz Suip disahkan meninggal dunia di sebuah pusat perubatan Kuching pada November tahun lalu akibat komplikasi sakit kencing manis. -UTUSAN

The post Semangat hilang bila emak tiada – Hafiz Suip enggan sertai pertandingan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved