Semangat perpaduan serikan sambutan Deepavali di Sabah

9 Nov 2026 • 4:35 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Semangat perpaduan serikan sambutan Deepavali di Sabah

BIARPUN bilangan penganut Hindu di Sabah dan Sarawak tidak ramai, semangat kebersamaan dan perpaduan dalam kepelbagaian jelas terserlah pada sambutanDeepavali pada Ahad apabila masyarakat berbilang latar belakang turut berkongsi kegembiraan meraikan Pesta Cahaya.

Berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi 2026, populasi kaum India di Sarawak dianggarkan kira-kira 5,000 orang atau 0.2 peratus daripada keseluruhan 2.53 juta penduduk negeri itu, manakala di Sabah pula mencatatkan kira-kira 6,000 orang iaitu 0.2 peratus daripada 3.77 juta penduduknya.

Di SABAH, kemeriahan sambutan Deepavali turut dirasai dengan kehadiran masyarakat pelbagai kaum dan agama yang bersama-sama memeriahkan suasana di Kuil Sri Pasupathinath Alayam, Kota Kinabalu.

Seorang pengunjung, Geoffrey Lo, 50, berkata dia teruja kerana ini merupakan pengalaman pertamanya berkunjung ke sambutan di kuil berkenaan.

“Saya amat teruja kali pertama datang di sini…makanan yang dihidangkan juga sedap,” katanya.

Bagi menyemarakkan lagi sambutan di Sabah, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor turut memeriahkan Majlis Ramah Mesra Sempena Sambutan Deepavali 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), tengah hari Ahad.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved