Suami tumbuk isteri gara-gara lambat buka pintu

LocalPolitics
17 Aug 2025 • 1:01 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Amir Anuar

TAWAU: Seorang lelaki warga asing berumur 30-an ditangkap awal pagi Sabtu selepas didakwa menumbuk isterinya gara-gara lambat membuka pintu bilik.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau Supt Champin Piuh berkata kejadian itu berlaku dalam bilik sewa di sebuah bangunan di sekitar Jalan Dunlop, sementara suspek ditahan pada jam 1.50 pagi di kawasan bandar.

Dalam kejadian kira-kira 12.01 tengah malam itu, suspek yang baru balik dikatakan naik berang sehingga bertindak agresif dan menumbuk isterinya, berusia 50-an, akibat lambat membuka pintu bilik.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Penahanan dilakukan selepas isterinya membuat laporan polis,” katanya, mangsa turut mengalami lebam pada lengannya.

Champin berkata sepasukan polis kemudian menjalankan gerakan mengesan suspek sebagai maklum balas terhadap aduan mangsa sebelum berhasil menahan lelaki terbabit di tepi jalan sekitar Bandar Tawau.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan (sengaja mendatangkan kecederaan) Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga (kesalahan boleh tangkap) dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (tidak memiliki dokumen pengenalan diri).

Beliau berkata, polis memandang serius kes melibatkan keganasan rumah tangga dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap pelaku.

“Kita juga menasihatkan orang ramai supaya lebih mengutamakan kaedah penyelesaian pertikaian dalam rumahtangga secara berhemah tanpa mengambil tindakan yang boleh mencederakan pasangan,” katanya.