Sembilan individu termasuk kanak-kanak nyaris maut, van langgar belakang treler

8 Sep 2026 • 2:12 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Sembilan individu termasuk kanak-kanak nyaris maut, van langgar belakang treler
Pemandu van tersepit dalam kemalangan pada Selasa. Foto Metropolitan Fire Deparment Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR – Sembilan individu termasuk seorang kanak-kanak cedera selepas sebuah van merempuh bahagian belakang sebuah treler berhampiran stesen minyak kawasan rehat dan rawat (R&R) Lebuhraya Shah Alam (Kesas) di sini pada Selasa.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki dilaporkan tersepit di bahagian pemandu selepas van jenis Toyota Hiace merempuh treler terbabit.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Mohd Redzuan Mohd Rani berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu sebelum mengarahkan sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jalil ke lokasi.

"Setibanya di lokasi, kita mendapati kemalangan membabitkan sebuah van melanggar bahagian belakang treler," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Mohd Redzuan berkata, seramai sembilan mangsa terlibat dalam kemalangan itu dengan seorang lelaki tersepit di bahagian pemandu, manakala tujuh mangsa dewasa lain termasuk seorang kanak-kanak mengalami kecederaan ringan.

“Pasukan bomba menjalankan kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit dan berjaya mengeluarkannya,” katanya.

Beliau berkata, tiga mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), manakala enam lagi dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Status seorang mangsa lagi masih dalam tindakan pihak berkaitan,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved