Semoga anak didik belajar daripada guru cara diplomasi Madani – Anwar

LocalPolitics
12 Sep 2026 • 7:43 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Semoga anak didik belajar daripada guru cara diplomasi Madani – Anwar

NEW DELHI: Anak didik diharap dapat mempelajari bagaimana Diplomasi Madani diterjemahkan dalam misi membawa nama Malaysia di pentas dunia.

Anwar berkata demikian menerusi hantaran di media sosial selepas tiba di New Delhi, India bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18.

Beliau turut memohon doa agar misi diplomasi negara yang dibawa ke persidangan berkenaan mencapai matlamat yang ditetapkan.

“Semoga anak didik dapat belajar daripada guru cara Diplomasi Madani diterjemahkan,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Hantaran itu dibuat sehari selepas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menggunakan istilah ‘guru’ dalam ucapan dasar Presiden UMNO ketika menggesa golongan berkenaan mendengar keluhan dan kebimbangan rakyat.

Penyertaan Anwar dalam sidang kemuncak berkenaan mencerminkan komitmen Malaysia untuk terus memperkukuh hubungan diplomatik dan kerjasama strategik di peringkat antarabangsa.

Malaysia menyertai Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 atas kapasitinya sebagai negara rakan kongsi BRICS sejak 1 Januari 2025.-UTUSAN

The post Semoga anak didik belajar daripada guru cara diplomasi Madani – Anwar appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved