Misi Diplomasi 'Guru' Diteruskan, Anwar Bertemu Pezeshkian & Abbas Araghchi

WorldPolitics
12 Sep 2026 • 2:43 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Misi Diplomasi 'Guru' Diteruskan, Anwar Bertemu Pezeshkian & Abbas Araghchi

Memasuki hari kedua di New Delhi, India, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan siri pertemuan diplomatik bersama pemimpin dunia.

Pada pagi ini, beliau mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian di luar Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS, yang turut disertai Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim berkongsi satu video di Threads yang memperlihatkan ketiga-tiga pemimpin berkenaan sedang berbincang selepas pertemuan tersebut.

Misi diplomasi 'guru'

“Guru meneruskan misi diplomasi pagi ini bersama Presiden Masoud Pezeshkian dan Menteri Luar Abbas Araghchi,” katanya.

Menerusi pertemuan itu, Anwar berkata mereka membincangkan hala tuju kerjasama kedua-dua negara dalam pelbagai bidang menerusi pertemuan itu.

Beliau juga menyuarakan kebimbangan Malaysia terhadap konflik yang berlarutan serta ketegangan yang terus memuncak di Asia Barat.

"Malaysia menggesa semua pihak menghentikan tindakan yang boleh memburukkan keadaan, kembali ke meja rundingan serta mengutamakan dialog dan diplomasi bagi menyelesaikan pertikaian secara aman.

"Malaysia berpendirian bahawa kebebasan dan keselamatan laluan maritim melalui Selat Hormuz perlu terus dipelihara selaras dengan undang-undang antarabangsa. Sebarang gangguan akan membawa kesan besar terhadap keselamatan tenaga, perdagangan dan ekonomi dunia," katanya menerusi kenyataan di media sosial.

Baca juga:

Selain itu, mereka turut meneroka usaha memperluas perdagangan dan pelaburan Malaysia-Iran, khususnya dalam sektor tenaga, pertanian, minyak sawit, keterjaminan makanan, industri halal, teknologi dan pendidikan tinggi.

"Usai mesyuarat dua hala, saya dan Dr Masoud sempat berbicara secara empat mata. Insya-Allah Malaysia sedia menterjemahkan hubungan persahabatan ini kepada kerjasama yang lebih bermakna dan berterusan demi manfaat rakyat kedua-dua negara," ujarnya lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved