Semua orang tidak mahu bekerja dengan saya, sangat sedih – Siti Khadijah Halim

Entertainment
29 Aug 2026 • 1:03 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Semua orang tidak mahu bekerja dengan saya, sangat sedih – Siti Khadijah Halim

PETALING JAYA: Pelakon, Siti Khadijah Halim mengakui pernah berdepan detik sukar apabila dimaklumkan pihak produksi bahawa ramai pelakon enggan bekerja satu projek dengannya.

Menurut Siti Khadijah, perkara itu membuatkan dirinya tertanya-tanya mengenai kesalahan yang pernah dilakukan sehingga namanya dikatakan tidak disenangi dalam kalangan penggiat seni.

“Produksi cakap kepada saya, kami menghadapi masa yang sukar untuk cari pelakon untuk awak. Saya tidak faham. Mereka cakap semua orang tidak mahu bekerja dengan saya.

“Saya sangat sedih. Saya rasa teruk sangat. Kemudian saya dapat tahu satu per satu pelakon tidak mahu bekerja dengan saya sampai terfikir, apa yang saya buat sampai orang tidak mahu bekerja dengan saya?

“Nama saya buruk dan saya sedih sangat,” katanya menerusi sesi siaran langsung di TikTok bersama pelakon Cinta Dalam Sekam, baru-baru ini.

Tambah pelakon itu, perkara berkenaan sebenarnya sudah berlaku kira-kira tiga tahun lalu, namun baru-baru ini dia sekali lagi berdepan situasi yang mengingatkan dirinya kepada perkara tersebut.

Katanya, ketika sedang menjalani penggambaran, dia dimaklumkan ada artis turut tidak mahu bekerja dengannya.

“Perkara itu sudah berlalu selama tiga tahun dan baru-baru ini saya baru habis kerja dengar lagi perkara itu. Saya tengah dalam penggambaran ketika itu.

“Kemudian ada orang beritahu saya mengenai artis tersebut, ‘Siti, awak tahu tidak dia cakap begini tentang awak?’

“Saya hairan sebab saya tidak tahu apa kesalahan saya terhadap dia. Ketika itu emosi saya memang terganggu,” ujarnya.

Siti Khadijah berkata, perkara yang paling meletihkan dirinya adalah apabila ada individu yang tidak mengenalinya secara dekat tetapi membuat penilaian buruk terhadap dirinya.

“Saya paling penat dan ‘noya’ dengan orang tidak mengenali saya tetapi bercakap buruk mengenai diri saya.

“Saya rasa saya seorang kawan baik, pelakon yang okey walaupun tidaklah bagus sangat, tetapi saya seorang yang seronok untuk bekerjasama,” katanya.

Dalam pada itu, Siti Khadijah mengakui berasa kecewa apabila ada pihak membuat keputusan untuk tidak menyukainya tanpa memberi peluang kepadanya untuk mengenali atau bekerjasama terlebih dahulu.

“Cuma orang tidak mahu memberikan peluang untuk bekerja dengan saya. Mereka terus membuat keputusan untuk tidak suka saya. Jadi, saya rasa rugi juga kalau tidak berkawan dengan saya.

“Tetapi apabila orang itu sudah membuat keputusan untuk tidak suka kepada saya, saya tidak boleh buat apa-apa. Jadi perasaan kita ‘mutual’,” katanya. -UTUSAN

The post Semua orang tidak mahu bekerja dengan saya, sangat sedih – Siti Khadijah Halim appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved