
PETALING JAYA: Semua sekolah di Johor serta beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur akan ditutup esok susulan keadaan jerebu yang masih menjejaskan kualiti udara.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, penutupan itu turut melibatkan sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bangsar Pudu di Kuala Lumpur serta PPD Hulu Langat, Gombak dan Petaling Perdana di Selangor.
“Sekolah di Melaka, Pulau Pinang, Putrajaya, Labuan, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Sabah dan Sarawak beroperasi seperti biasa.
“Bagi Kuala Lumpur dan Selangor, sekolah di bawah PPD selain yang dinyatakan turut beroperasi seperti biasa,” katanya dalam kenyataan.
Sehubungan itu, beliau meminta ibu bapa dan warga sekolah supaya sentiasa merujuk makluman rasmi Kementerian Pendidikan (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) serta PPD masing-masing bagi mendapatkan perkembangan terkini.-UTUSAN
The post Semua sekolah di Johor, beberapa daerah Selangor dan KL ditutup esok appeared first on Utusan Malaysia.


![[VIDEO] Pikap tular dikejar polis miliki dadah, alatan curi kabel](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/pikap-tular-1024x660.jpeg)


