Semua sekolah di Negeri Sembilan masih ditutup esok

LocalEnvironment
13 Oct 2026 • 3:16 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Semua sekolah di Negeri Sembilan masih ditutup esok

SEREMBAN: Penutupan kesemua  institusi pendidikan berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM) di Negeri Sembilan dilanjutkan hingga esok susulan jerebu yang melanda negara ketika ini.

Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) berkata, semua murid termasuk penghuni asrama perlu mengikuti kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sepanjang tempoh penutupan berkenaan.

Menurutnya, pelaksanaan PdPR bertujuan memastikan kesinambungan pembelajaran murid selaras dengan ketetapan kementerian.

“Ibu bapa dan penjaga diminta memastikan anak-anak mengikuti PdPR sepanjang tempoh penutupan sekolah. 

“Pihak sekolah hendaklah memastikan pelaksanaan PdPR berjalan lancar serta kebajikan dan keselamatan murid, termasuk yang tinggal di asrama, sentiasa terpelihara,” katanya.

Selain itu, JPNS memaklumkan pihaknya akan terus memantau perkembangan semasa termasuk bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan terlibat, sebelum menyalurkan maklumat rasmi sekiranya terdapat perubahan terhadap pengoperasian institusi pendidikan.

“Ibu bapa, penjaga, calon peperiksaan dan pihak sekolah dinasihatkan supaya sentiasa merujuk saluran rasmi JPNS bagi mendapatkan maklumat tepat dan terkini serta tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan,” katanya.-UTUSAN

The post Semua sekolah di Negeri Sembilan masih ditutup esok appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved