Senarai F&B Yang Tawar Menu Istimewa Sempena Bulan Kebangsaan 2026: Ada Bagel Pandan Kaya, Piza Laksa & Banyak Lagi!

LocalFood
20 Aug 2026 • 5:30 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Senarai F&B Yang Tawar Menu Istimewa Sempena Bulan Kebangsaan 2026: Ada Bagel Pandan Kaya, Piza Laksa & Banyak Lagi!

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Dah masuk Bulan Kebangsaan ini, mesti sudah banyak rangkaian F&B (food and beverages) di seluruh negara yang bersemangat dan merancang untuk menawarkan promosi hebat buat para pelanggan kan?

Namun bukan sekadar itu, banyak juga kedai makan yang menawarkan menu istimewa dan unik bersempena bulan kemerdekaan ini. Kebanyakan daripadanya merupakan cita rasa yang sinonim dengan penduduk tempatan.

Buat anda yang sedang food hunting, bolehlah masukkan F&B di bawah ini dalam senarai okay? Antaranya:

#1 The Coffee Bean & Tea Leaf 

The Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL) menawarkan bukan hanya satu tetapi pelbagai jenis makanan bermusim (seasonal) bersempena Bulan Merdeka termasuklah:

  • Asam Pedas Penne Pasta
  • Pistachio Kunafa Butter Croissant
  • Choco-Nana Cake
  • Cendol Cake For Two (bersama Gula Melaka Creme Crown)
  • Roti John Sandwich

CBTL turut memperkenalkan menu edisi terhad iaitu Chicken Floss Toast yang boleh didapatkan bermula 5 Ogos sementara stok masih ada.

View this post on Instagram

A post shared by The Coffee Bean & Tea Leaf MY (@coffeebeanmy)

#2 Inside Scoop

Inside Scoop memperkenalkan sembilan perisa aiskrim edisi terhad di bawah kempen Lokal Legends 2026.

Di bawah ini kami kongsikan jenama tempatan yang berkolaborasi dalam mencipta perisa-perisa yang unik:

  • Gardenia: Choc-A-Lot Twiggies
  • ZUS: Ube Latté
  • Thumbs: Peanut Butter Jelly
  • Secret Recipe: Chocolate Indulgence®
  • Oriental Kopi: Kaya Butter Toast
  • Farm Fresh: Pistachio Yoghurt Crunch
  • Beryl’s: Tiramisu Almond Crunch
  • Mister Potato: Choc Potato Chips N’ Cream
  • Boh: Teh Tarik

Tak cukup satu dan nak cuba semua? Jangan risau, Inside Scoop juga menawarkan 9-Scoop Party Pack yang mengumpulkan semua perisa dalam satu kotak.

Semua perisa aiskrim ini boleh didapatkan di semua cawangan Inside Scoop seluruh negara.

View this post on Instagram

A post shared by Inside Scoop Ice Cream (@myinsidescoop)

#3 The Chicken Rice Shop

Selalunya kalau singgah ke The Chicken Rice Shop, mesti anda gandingkan menu nasi ayam dengan hidangan sampingan seperti wantan rangup atau braised tofu kan? Kali ini, apa kata ubah selera dengan menu terbaharu mereka iaitu:

  • Penang Rojak
  • Keropok Lekor

Dengan Kombo Local Lah!, anda akan dapat Crispy Roast Chicken Rice, satu minuman ringan, dan pilihan hidangan sampingan sama ada Penang Rojak atau Keropok Lekor dengan harga RM16.90 sahaja.

View this post on Instagram

A post shared by The Chicken Rice Shop (@thechickenriceshop)

#4 ZUS Coffee

Gabungan yang tidak disangka-sangka, ZUS Coffee telah berkolaborasi bersama snek kegemaran kanak-kanak, Mamee Monster menerusi kempen “Lain Tapi NGAM” bersempena Bulan Merdeka.

Tiga perisa minuman baharu yang dilancarkan ialah:

  • Blue Ocean Soda
  • Berry Blue Chocolate
  • Velvet Blue Smoothie

Ia boleh didapati di ZUS Coffee seluruh negara dari 17 Ogos hingga 16 September 2026.

View this post on Instagram

A post shared by ZUS COFFEE® (@zus.coffee)

#5 Pizza Hut

Sudah bosan makan piza peperoni? Jangan lupa untuk cuba dua perasa piza baharu yang dikeluarkan Pizza Hut edisi Kesedapan Rasa Malaysia iaitu Laksa Kari dan Durian Brulee!

Kedua-dua piza ini dijual pada harga bermula RM6.90 bagi saiz personal.

View this post on Instagram

A post shared by Pizza Hut Malaysia (@pizzahutmalaysia)

#6 Nippon Sushi

Tampil dengan gabungan cita rasa Jepun dengan sentuhan perisa digemari rakyat Malaysia, Nippon Sushi telah memperkenalkan lapan makanan istimewa sempena bulan keramat ini. Antaranya:

  • Stuffed Squid Teriyaki
  • Fried Asam Pedas Ramen with Whole Prawn
  • Nasi Lemak Chawanmushi
  • Lemongrass Chicken Inari
  • Mango Sushi Rice
  • Mini Chicken Katsu with Tartar Sauce
  • Lemongrass Chicken Merdeka Roll
  • Asam Pedas Ramen

Makanan unik edisi ‘Sedap Semeja. Raikan Malaysia Bersama’ ini boleh didapatkan di semua cawangan Nippon Sushi.

View this post on Instagram

A post shared by Halal Japanese Food (@nipponsushi_my)

#7 McDonald’s

Asyik pesan kon sundae vanila je, apa kata kali ni rasa aiskrim kon sundae perisa jagung oleh McDonald’s. Aiskrim edisi Kon Gemilang ini tersedia dalam dua jenis iaitu Kon Gemilang (original) dan Chocotop Kon Gemilang.

Buat peminat air jagung, mungkin kon sundae jagung ini boleh menambat hati dan menjadi kegemaran baharu?

View this post on Instagram

A post shared by McDonald’s (@mcdonaldsmalaysia)

#8 K Fry Urban Korean

Tiga menu baharu diperkenalkan K Fry Urban Korean ini memang patut anda cuba kalau teringin makan makanan korea dengan twist selera tempatan.

Dari makanan berat, minuman hinggalah ke dessert, semuanya ada.

  • K’rispy Gochu Mayo Chicken (Half Chicken/Soonsal)
  • Poppin’ Sweet Corn Bingsoo
  • Velvet Sweet Corn Shake
View this post on Instagram

A post shared by K Fry Urban Korean (@kfrymy)

#9 emart24

emart24 memperkenalkan empat perisa minuman baharu edisi Mer-Daebak Flavours yang diilhamkan oleh minuman popular yang dipesan orang ramai semasa singgah ke mana-mana kopitiam di negara ini.

  • Iced Cham Kaw: RM5.50
  • Iced Chokopi Kaw: RM5.50
  • Cham Kaw Shake: RM6.50
  • Chokopi Kaw Shake: RM6.50

Jangan lengah-lengah sebab harga promosi di atas akan hanya ditawarkan sehingga 16 September 2026 sahaja.

View this post on Instagram

A post shared by emart24 (@emart24.my)

#10 Secret Recipe

Terkenal dengan menu bermusim mereka, Secret Recipe memperkenalkan enam menu khas edisi Local Remix termasuklah makanan dan minuman. Antaranya:

  • Spiced Tandoori Chop with Mint Sauce
  • Chicken Rendang Lasagne
  • Smoked Duck Rendang Mac & Cheese
  • Seafood Asam Pedas Pasta
  • Peach Lychee Cooler
  • Peach Strawberry Punch

Menu bersempena bulan kebangsaan ini boleh didapati di semua cawangan Secret Recipe di Semenanjung Malaysia, kecuali AEON Mall Taiping dan Hospital Canselor Tuanku Muhriz.

View this post on Instagram

A post shared by Secret Recipe Malaysia (@secretrecipemy)

#11 Krispy Creme

Krispy Creme berkolaborasi dengan jenama minuman malt terkenal, Milo dalam melancarkan tiga perisa donut baharu yang pasti ‘dekat’ dengan hati semua rakyat Malaysia.

Tiga donut itu ialah:

  • Choco Malt
  • White Energy (ada krim Milo di dalamnya)
  • Choco Booster (ada krim Milo di dalamnya)

Donut koleksi ‘Malaysiana’ ini mempunyai Milo Krunch di atasnya, menambahkan tekstur rangup bagi setiap suapan.

View this post on Instagram

A post shared by Krispy Kreme MY (@krispykreme.my)

#12 San Francisco Coffee

Sambil-sambil mengopi di San Francisco Coffee, bolehlah korang cuba menu baharu mereka bersempena bulan bersejarah ini.

Bukan minuman sahaja, malah terdapat juga beberapa kudapan perisa pandan kaya.

  • Milky Kaya Pandan Frappe
  • Iced Pandan Kaya Latte
  • Hot Pandan Kaya Latte
  • Pandan Kaya Butter Bagel Toast
  • Spinach Mushroom Quiche

Menu edisi terhad ini boleh didapatkan bermula 20 Ogos hingga 20 September 2026.

View this post on Instagram

A post shared by San Francisco Coffee (@sfcoffee)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved