Seorang maut, dua parah nahas empat lori

11 Aug 2026 • 8:36 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Seorang maut, dua parah nahas empat lori

SHAH ALAM, 11 OGOS Seorang maut, manakala dua parah dalam kemalangan membabitkan empat lori di Kilometer 73.3 Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) dekat Machap, pagi tadi.

Nahas berlaku kira-kira jam 11.15 bagi dengan mangsa yang maut disahkan sebagai pemandu lori berusia 31 tahun, lapor Berita Harian.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata kejadian berlaku apabila lori dipandu mangsa dari arah Johor Bahru menuju Kuala Lumpur merempuh belakang sebuah lori lain kerana tidak sempat berhenti ketika kesesakan.

"Lori dirempuh kenderaan mangsa kemudian bergerak dan melanggar belakang sebuah lagi lori di hadapan. Lori itu juga turut merempuh lori jenis sama di hadapannya.

"Mangsa yang maut akibat kecederaan parah pada kepala, manakala pemandu dan kelindan sebuah lori lain cedera dengan masing-masing tersepit pada tempat duduk kenderaan.

"Mereka dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat untuk rawatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved