Seorang warga Malaysia maut ditikam rakan senegara di Korea Selatan

27 Jul 2026 • 7:35 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Seorang warga Malaysia maut ditikam rakan senegara di Korea Selatan

SEOUL: Seorang warga Malaysia maut selepas berlaku pergaduhan berkumpulan yang melibatkan warga asing di sebatang jalan raya di daerah Eumseong, Chungcheong Utara pada awal pagi Ahad.

Menurut Korea Joong Aang Daily, Balai Polis Eumseong di Chungcheong Utara telah menahan seorang lelaki warga Malaysia berusia lingkungan 40-an pada Ahad atas tuduhan membunuh dan kesalahan lain.

Suspek didakwa menikam mati seorang rakan senegaranya dengan menggunakan sebilah pisau di sebatang jalan raya di Daeso-eup, daerah Eumseong, pada kira-kira jam 3 pagi waktu tempatan pada Ahad.

Kumpulan suspek dan kumpulan mangsa terlibat dalam satu pergaduhan besar di jalan raya ketika kejadian itu berlaku.

Kira-kira 10 orang dipercayai terlibat dalam pergaduhan tersebut.

Semasa pergaduhan, suspek didakwa mengeluarkan sebilah pisau sebelum menyerang mangsa.

Selain individu yang maut, seorang lagi individu turut cedera dan dibawa ke hospital untuk rawatan.

Suspek melarikan diri ke sebuah kediaman berhampiran selepas serangan itu tetapi ditahan kira-kira sejam kemudian.

Pihak polis sedang menyiasat kejadian dengan menyoal siasat suspek dan individu lain yang terlibat. – AGENSI

 

The post Seorang warga Malaysia maut ditikam rakan senegara di Korea Selatan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved